Sudah lebih seminggu anak kita memasuki alam persekolahan. Ada di antara kita yang anaknya belajar di tahun satu sekolah kebangsaan dan ada yang memasuki pra-sekolah atau tadika.
Yang pasti kita sebagai ibu bapa merasa gembira kerana anak kita sudah memasuki alam baru dalam kehidupan mereka iaitu alam persekolahan. Alam dimana mereka mula melalui proses pembelajaran, mula mengenal huruf, membaca atau menghafal nombor dan yang penting sekali mereka mula berkenalan, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Adakah anak kita ceria atau gembira untuk ke sekolah? Tentu ada di antara kita yang menghadapi masalah di mana anak kita keberatan atau lebih tepat menangis tak mahu pergi ke sekolah.
Keadaan seumpama ini berlaku mungkin disebabkan anak kita bimbang atau berasa tidak selamat apabila melihat ibu bapa tidak berada berhampiran. Mereka mula rasa tidak tenteram atau takut kerana ramai orang yang tidak dikenali berada di sekitar mereka.
Sebenarnya kami pun menghadapi masalah yang sama. Hari pertama dan kedua anak kami Aiman ceria semasa berada di sekolah. Di awal pagi hari ke tiga sudah nampak riaksi beliau yang agak keberatan untuk pergi ke sekolah.
Mungkin dia belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah berbanding dengan suasana semasa di tadika dahulu. Dengan bilangan rakan sekelas yang ramai dan belum dikenali, terpaksa ke kantin membeli makanan bersendirian tanpa ditemani ibu bapa atau tidak biasa dengan guru mungkin membuatkan dia tidak tenteram.
Dan yang penting kita sebagai ibu bapa perlu tahu apa yang menyebabkan anak kita keberatan untuk pergi ke sekolah dan seharusnya setiap ibu bapa perlu memiliki seni memujuk iaitu tahu cara dan teknik memujuk anak mereka.
2 comments:
Salam..
Dulu masa kat Malaysia, puas kami memujuk si Kakak (anak pertama) untuk ke sekolah.. dah macam2 cara.. sampai hubby terpaksa amik cuti sebab nak pujuk dia ke sekolah...
satu lagi bab memujuk yg paling susah ialah nak pujuk anak bangun tidur.. cukup menguji kesabaran .. :)
Memang betul, memujuk anak bangun pagi dan menyuruhnya mandi perlu kesabaran dan tidak dilakukan secara paksa kerana detik ini lah yang akan menentukan mood anak kita samada ceria atau sebaliknya.
Post a Comment