24 January 2010

otak dan otak-otak

Semasa menunggu hidangan makan malam yang dipesan, Mak Cik dari gerai sebelah membawa se dulang otak-otak yang di bungkus dalam daun kelapa.

" Kami tak order otak-otak ni...."..
"Tak pa... kalau tak makan kami tak caj"....jawab Mak Cik sambil meletakkan dulang yang berisi otak-otak di atas meja.

"Otak..eh otak-otak tu apa"? tanya anak kami..

Mengikut kamus dewan otak adalah benda putih dan lembut dalam tengkorak yang menjadi pusat saraf atau di definasi sebagai kumpulan saraf yang menjadi isi tengkorak.


Otak adalah pusat sistem saraf yang mengatur dan mengawal  gerakan, perilaku dan fungsi tubuh seperti degup jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair dalam badan dan suhu badan.

Otak juga bertanggungjawab ke atas fungsi pengenalan, pengalaman yang lepas, emosi, memori dan pembelajaran.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa otak atau brain terdiri dari berbillion sel saraf atau neuron. Setiap satu neuron mempunyai kapasiti storan yang sangat besar menyamai sebuah PC.

Pernahkah kita dengar istilah otak geliga, otak cair, otak beku, otak udang dan sebagainya. Sebenarnya istilah-istilah tersebut hanya memberi 2 erti iaitu menunjukkan seseorang itu pandai atau cerdik atau sebaliknya.

Otak manusia terbahagi kepada 2, otak kiri dan otak kanan. Otak kanan mengatur dan mengawal fungsi saraf badan sebelah kiri dan otak kiri mengatur dan mengawal fungsi saraf badan sebelah kanan.

Sekiranya otak kanan rosak (damage) badan sebelah kiri akan lumpuh dan jika otak kiri rosak maka badan sebelah kanan akan lumpuh. Ini adalah fungsi otak sebagai pusat sistem saraf yang mengawal gerakan dan fungsi tubuh.

Bagaimana pula otak berfungsi dalam hal yang berkaitan emosi, ingatan, pengalaman dan pembelajaran. Fungsi otak ini lah yang akan menentukan tahap kecerdikan (intelligence) seseorang.

Dalam hal yang berkaitan dengan emosi, memory dan pembelajaran, otak kiri lebih tertumpu kepada hal-hal yang berkaitan dengan logik, matematik, pemikiran yang rasional, analisis, fakta dan sebagainya.

Manakala otak kanan lebih tertumpu kepada perkara yang mengembirakan (fun) atau mengasyikkan seperti irama atau muzik, mengelamun, berangan, imiginasi, perasaan dan lain-lain yang mendatangkan more fun.

Pengkaji telah merumuskan bahawa kanak-kanak yang mendominasi otak kiri memiliki ciri-ciri seperti sentiasa kemas dan teliti apabila melakukan sesuatu keja. Meja tulis sentiasa bersih, buku dan peralatan tulis di susun rapi. Kanak-kanak ini selalunya cemerlang dari segi pencapaian akedemik di sekolah tetapi tidak mahir berkomunikasi, emosional dan tidak kreatif.

Bagi kanak-kanak yang mendominasi otak kanan mereka memiliki karektor yang sebaliknya. Tidak berpakaian  kemas dengan rambut tak bersikat, keadaan bilik yang berselerak, suka bercakap, membuat bising dalan kelas dan suka mengganggu kawan.

Mereka selalunya tidak cemerlang dalam bidang akedemik tetapi kanak-kanak ini selalunya cemerlang dalam sukan, seni lukis, muzik atau aktiviti yang berkaitan dengan kreativiti.

Sudah tentu ada kanak-kanak yang mendominasi kedua-dua iaitu otak kiri dan otak kanan. Mereka ini lah golongan pelajar yang cemerlang dalam akedemik dan juga dalam bidang sukan atau bidang seni.

Otak kiri dan otak kanan memainkan peranan yang sama penting. Oleh itu kita perlu menggunakan kedua-dua nya. Untuk menjadi cerdik atau intelligence , otak terlebih dulu harus diberi input atau rangsangan.

Setiap dari kita mempunyai bilangan sel neuron yang sama. Yang membedakan antara satu dengan yang lain adalah jumlah jaringan atau hubungan sel neuron.(neuro-connections). Lebih banyak hubungan atau jaringan di antara sel neuron berlaku,  lebih bijak seseorang itu dalam bidang tertentu.

Bagaimana jaringan neuron ini berlaku dan apakah hubungannya? Jumlah jaringan sel neuron ini yang menentukan berapa banyak kita menggunakan otak. Setiap kali kita melihat, mendengar atau melakukan sesuatu atau setiap kali kita berfikir otak akan di rangsang. Apabila otak di rangsang maka tejadilah jaringan sel neuron tesebut.

Semakin banyak otak menerima rangsangan semakin banyak jaringan sel neuron berlaku dan semakin banyak maklumat di simpan dalam otak dan semakin cerdik seseorang itu. Kanak-kanak yang menerima banyak rangsangan lebih pintar berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menerima rangsangan.

Itulah sedikit maklumat yang kami dapat berkenaan definasi dan fungsi otak bagi menjawab soalan yang ditanya oleh anak kami iaitu perbezaan antara otak dan otak-otak.

Sebagaimana kita tahu otak-otak pula adalah sejenis makanan yang  dibuat dari udang atau ikan yang dihancurkan dan dicampukan dengan santan, telur dan ramuan lain, dibungkus dalam dalam daun kelapa dan dibakar.

Persoalan mengenai perbedaan antara otak dan otak-otak sebenarnya telah merangsang minda untuk kami mencari jawapannya.

OUR BRAIN IS LIKE MUSCLE. USE IT OR LOSE IT.

0 comments: