14 January 2010

Hampir 1/2 tahun sudah Jimmy pergi meninggalkan kami sekeluarga. Pergi buat selama-lamanya. Sehingga kini pemergian Jimmy belum ada pengganti lagi.

Jimmy meninggal dunia kerana sakit. Jimmy meninggal semasa kami dalam persiapan untuk menghantarnya ke klinik setelah beberapa hari tidak menjamah makanan yang disediakan.

Anak kami menangis apabila mendapat tahu Jimmy sudah tiada. Jimmy adalah teman rapat mereka, teman untuk main kejar-kejar, teman untuk main bola dan teman semasa makan.

Bertapa eratnya hubungan Jimmy dan anak-anak kami. Mereka bersama-sama menyediakan makanan untuk Jimmy, menyediakan tempat tidur malah sering mandikan Jimmy yang sememangnya takutkan air.

Begitulah kemesraan dan kasih sayang yang terjalin di antara anak-anak kami dengan Jimmy, kucing kesayangan mereka.  ....baca lagi di sini.


Mengikut kajian yang dijalankan oleh penyelidik , memiliki binatang peliharan mendatangkan kebaikan dari segi kesihatan dan ada yang mengunakan haiwan peliharaan sebagai rawatan terapi untuk menyembuhkan penyakit.

Rawatan untuk pesakit autis iaitu pesakit yang menghadapi masalah berinteraksi dan berkomunikasi amat berkesan mengguna terapi sebegini.

Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit jantung yang memelihara binatang peliharaan, jangka hayatnya lebih panjang berbanding dengan pesakit yang tidak memiliki binatang peliharaan.

Delta Society telah mengumpulkan beberapa fakta berkenaan kelebihan orang yang memiliki binatang peliharaan dan hasil dari kajian yang dijalankan di antaranya;

  • Memelihara binatang peliharaan boleh mengurangkan stress dan dapat menurunkan tekanan darah.
  • Paras kolesterol lebih lebih rendah berbanding mereka yang tidak memelihara binatang
  • Jarang menghadapi masalah kesihatan
  • Kesihatan fizikal lebih baik kerana selalu exercise
  • Mengurangkan perasaan kesunyian atau keseorangan
  • Meningkatkan keyakinan diri terutama kanak-kanak
  • Kemahiran berkomunikasi atau berinteraksi bertambah
  • Mengeratkan hubungan, kasih sayang dan bertanggungjawab
  • Hidup lebih ceria
Agaknya sudah tiba masanya kami mencari pengganti Jimmy. Adakah kehilangan Jimmy boleh diganti dengan Arbie...?




0 comments: