27 November 2010

MAHA 2010


Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sekali lagi menganjurkan pameran Pertanian, Hortikultur dan  Agrotourism atau dikenali sebagai MAHA International dan diadakan serentak dengan HPPNK 2010.(Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan).





          



Tema  MAHA International dan HPPNK 2010 kali ini adalah " Inovasi Petani Pemangkin Pembangunan".






                                MAHA 2010 telah dirasmikan oleh YAB DAto' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak            







Peladang jaya sedang membaca ikrar.










Pemenang Pertandingan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2010 bergambar bersama Perdana Menteri.

25 November 2010

Video motivasi

Teruja menonton video klip ini. Bagaimana insan yang tidak sempurna, cacat iaitu tidak mempunyai kaki dan tangan boleh menjalani kehidupan macam biasa malah lebih berjaya dari insan yang sempurna...

24 November 2010

Hampir suku tahun tidak mengemaskini laman ini. Kalau laman rumah dah tentu penuh dengan lalang atau semak.
Kenapa lama tak update?
Macam orang lain juga le..alasannya lebih kurang sama.
Cuma satu alasan yang boleh digunapakai.. ini rumah kita..ini laman kita ..ikut suka kita le..
Dah lama juga tak bertandang ke laman jiran se blokse blog..
Apa pun terima kasih kerana ada yang sudi terjah dan yang terterjah di sini.

Sekarang musim cuti sekolah. Tentu ramai yang bawa famili atau anak-anak bercuti. Dan ada yang hantar anak balik kampung tak ikut jalan darat, ikut jalan udara naik flight. Tiket murah 9 ringgit aje..booking awal tahun dulu ..itu untungnya buat perancangan perjalanan awal..

Kalau dalam masa terdekat ni tak ada rancangan nak kemana-mana dan tingal di Selangor apakata pergi aje mendaki Bukit Broga yang terletak berhampiran pekan Semenyih. Tempat yang sesuai untuk beriadah dan menguji stamina. Dan kalau ingin lihat pemandangan ketika matahari terbit mulakan pendakian selepas subuh.
Tonton video clip Bukit Broga Part 1 & Part 2 di youtube.

23 July 2010

floria part 2

18 July 2010

floria part 1

14 July 2010

koleksi bunga

Hayati kecantikan sebahagian dari himpunan bunga yang terdapat di Floria Putrajaya 2010.

















13 July 2010

Floria Putrajaya 2010

Heliconia atau pokok bunga sepit udang merupakan bunga tema  sempena festival bunga-bungaan Floria Putrajaya 2010 yang bermula dari 10 Julai hingga 18 Julai  2010.

Festival bunga ini adalah merupakan kali ketiga telah dianjurkan dan ia adalah setaraf dengan festival bunga yang dianjurkan diluar negara seperti Chelsea Flower Show London , Melbourne International Flower and Garden Show dan Festival Bunga di Chiang Mai , Thailand.

Floria Putrajaya diadakan di persisiran tasik Presint 2, Putrajaya dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib bin  Tun Haji Abdul Razak










06 July 2010

apartment

Dalam entry sebelum ini, kami cerita berkenaan kunjungan atau lintas lalu kami sekeluarga ke Bukit Fraser semasa dalam perjalanan pulang ke KL dari pekan Raub. Oleh kerana kami singgah hanya lebih kurang 30 minit sahaja dan tidak dapat menikmati keindahan dan kehijauan  alam semulajadi sepenuhnya di Bukit Fraser maka anak-anak kami mendesak agar kami sekeluarga datang kembali dan bermalam di Bukit Fraser 

Untuk tidak menghampakan permintaan anak-anak, kami tempah penginapan untuk bermalam di Bukit Fraser pada minggu terakhir cuti persekolahan yang lalu. Sebelum kami cerita berkenaan pengalaman bercuti di Bukit Fraser, ingin kami berkongsi pengalaman bagaimana sukarnya untuk bercuti bila mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Kalau dahulu kami banyak pilihan untuk mencari penginapan kerana kebanyakan  tempat percutian  terdapat banyak bilik hotel yang ditawarkan. Sekarang bilik hotel tidak lagi sesuai untuk kami sekeluarga, lagi pun anak-anak kami  tidak mahu tinggal dibilik hotel secara berasingan.

Untuk mengatasi masalah itu kami terpaksa mencari dan menyewa apartment apabila pergi bercuti di sesuatu tempat percutian.  Ada ketikanya kami terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti hanya kerana tempat tersebut tidak menyediakan apartment untuk disewa.

Semasa bercuti di Bukit Fraser kami telah menyewa apartment di Silverpark Resort. Apartment 3 bilik ini amat selesa untuk kami sekeluarga. Ruang tamu nya agak besar dan yang penting ada kitchen, sekurang-kurangnya dapat menyediakan simple lunch atau dinner  masak maggie le, dapat juga jimatkan masa dan kos.

Silverpark Resort terletak di puncak Bukit Fraser dan pemandangan di sekitarnya sangat cantik terutama diwaktu pagi. Kami akan ceritakan tempat-tempat menarik di Bukit Fraser yang kami kunjungi dalam entri yang akan datang.





14 June 2010

Laluan pintas Bukit Fraser

Pada hari minggu yang lalu kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan di Raub, Pahang. Dalam perjalanan pulang kami tidak melalui lebuhraya Karak - KL untuk pulang tapi sebaliknya melalui jalan Raub - Bukit Fraser - Kuala Kubu Baru dan terus ke Lebuhraya Plus.

Bagi mereka yang tinggal di Negeri Pahang terutama dari Raub dan Bentong mereka semestinya menggunakan jalan ini untuk ke Utara atau untuk ke Lebuhraya Plus arah utara. Begitu juga mereka yang tinggal di Selangor terutama dari Kuala Kubu Baru, Rawang dan juga orang-orang dari Utara yang hendak menuju Pantai Timur. Jalan ini merupakan jalan pintas tanpa melalu ibukota Kuala Lumpur.

Bermula dari persimpangan Jalan Raub - Bentong jarak  menuju puncak Bukit Fraser adalah lebih kurang 30 km. Suasana jalannya agak sunyi kerana tidak banyak kenderaan. Kita akan melalui kawasan hutan rimba yang merentasi banjaran Titiwangsa. Di sepanjang jalan ini tidak ada bangunan atau rumah kediaman.

Sekiranya ingin menikmati keindahan alam semulajadi, kehijauan hutan dengan iringan bunyi-bunyian penghuni rimba di sinilah tempatnya. Di sepanjang jalan ini juga sesuai untuk kita menguji kecekapan memandu kerana keadaan jalan yang berbukit dan mempunyai selekoh yang tajam. 

Setelah memandu selama 30 minit kami sampai ke satu kawasan dinamakan The Gap. Ia adalah satu kawasan menunggu untuk naik ke Bukit Fraser. Oleh kerana jalan untuk ke puncak Bukit Fraser sempit dan sehala , kenderaan hanya di benar naik dan turun secara bergilir. Masa 1 jam diberikan untuk kenderaan naik ke atas dan 1 jam berikutnya untuk turun dari Bukit Fraser.

Seandainya kita sampai di The Gap ketika kenderaan  turun kita terpaksa menunggu jam yang berikutnya untuk naik. Di sini terdapat gerai minuman, kemudahan tandas dan juga surau.


Ketika kami sampai di sini kenderaan sedang turun dari Bukit Fraser dan perlu tunggu 15 minit lagi untuk naik. Jadi kami mengambil keputusan untuk naik ke atas untuk meninjau Bukit Fraser, salah satu tempat peranginan yang terletak di negeri Pahang. 

Jarak dari The Gap menuju ke Bukit Fraser adalah lebih kurang 8 km.




Suasana di puncak Bukit Fraser sangat cantik dengan pemandangan kawasan yang hijau dalam suasana suhu dingin.













Kebanyakan bangunan, resort atau hotel penginapan dibina mengikut rekabentuk bangunan zaman penjajah British.











Bangunan peninggalan zaman penjajah yang dijadikan pejabat Pos Bukit Fraser.













Setelah berada lebih kurang 30 minit di Bukit Fraser kami terpaksa turun kerana tidak mahu menunggu jam yang berikutnya. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Kubu Baru yang jaraknya 40 km dari Bukit Fraser seterusnya menuju ke Lebuhraya Plus melalui tol Bukit Beruntung.

11 June 2010

genting skyway

Cable car di Genting Highland atau juga dikenali Genting Skyway adalah merupakan cable car yang terpantas di dunia. Kelajuan maksimanya adalah 26km sejam. Ia merupakan cable car yang terpanjang di Asia Tenggara.

Jarak laluan cable car ini ialah 3.38km berbanding dengan jarak perjalanan cable car yang menghubungkan antara Mount Faber ke Pulau Sentosa di Singapura iaitu 1.6km. Manakala jarak perjalanan cable car di Langkawi yang bermula di Oriental Village ke puncak gunung Mat Chinchang adalah 2.2km.



Sekiranya ada perancangan untuk menaiki cable car, elak dari membeli tiket di waktu peak hour terutama week end atau semasa public holiday iaitu di antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari. Selalunya ketika peak hour kita terpaksa beratur  lebih dari satu jam untuk menaiki cable car tersebut.

09 June 2010

Awana Genting Highland Golf & Country Resort

Selalunya apabila  mengunjungi puncak Genting Highland di hari minggu kami tidak bermalam di sana. Kami akan pulang di waktu petang.

Kali terakhir kami sekeluarga bermalam di Genting Highland adalah lebih kurang 2 tahun yang lalu.

Minggu lepas kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Genting Highland dan bermalam di Awana Genting Highland Golf & Country Resort.

Awana Golf & Country Resort terletak berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia dan Gohtong Jaya, stesen cable car.

Berada pada ketinggian 3000 kaki dari paras laut dan dikelilingi oleh hutan yang berusia lebih 100 juta tahun.