31 October 2009

Lambaian Kaabah



Saban tahun Tanah Suci Mekah dan Madinah dibanjiri oleh jutaan umat Islam yang datang dari pelbagai pelosok bumi semata-mata untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima.

Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji dijanka akan tiba di kota Mekah secara berperingkat bemula dari 20 oktober yang lalu.

Namun, hanya segelintir daripada jutaan umat Islam seluruh dunia yang berkesempatan untuk hadir ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah bagi melaksanakan ibadat haji yang merupakan pelengkap rukun Islam.

Beberapa bulan yang lepas kami telah pergi mendaftar di tabung haji dan mengikut sistem pendaftaran tabung haji sesiapa yang mendaftar tahun ini, penerbangan ke tanah suci Mekah hanya pada tahun 2023.... lama tuh.. sempat ke?

Kata staf yang bertugas, kita boleh buat rayuan untuk pergi lebih awal itu pun bergantung pada kekosongan pada masa itu dan kita telah memenuhi syarat2 wajib haji.

SYARAT WAJIB HAJI

Disini kami tempelkan gambar di sekitar Mekah yang diambil semasa family menunaikan umrah .



























Bergambar bersama abang2 glamer....

29 October 2009

robohnya jambatan gantung di kuala dipang

Setiap kali anak kami menyertai rombongan, lawatan sambil belajar atau kem jati diri yang dikelola oleh pihak sekolah, satu surat perlu diisi dan ditandatangani ibubapa atau penjaga.

Surat tersebut menyatakan bahawa pihak ibubapa bersetuju membenarkan anak mengikuti program tersebut dan juga bersetuju untuk tidak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Pihak ibubapa juga sepatutnya boleh mengeluarkan surat persetujuan kepada pihak yang mengganjurkan program tersebut untuk memastikan langkah2 keselamatan dari segenap aspek telah diteliti sebelum sesuatu program dilaksanakan.

Tragedi jambatan gantung yang roboh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang merentangi Sungai Kampar, Perak boleh dijadikan iktibar. Tragedi tersebut telah meragut tiga nyawa.

Pihak berkuasa termasuk polis, JKR, Jabatan Pelajaran malah SPRM sedang melakukan siasatan bagaimana jambatan gantung yang baru dibina roboh. Apa yang perlu juga kita siasat sebenarnya ialah apakah langkah2 keselamatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur sebelum program itu dilaksanakan.

Mengikut laporan dari wartawan beberapa agensi berita, tempat berlakunya kemalangan itu gelap dan tiada lampu jalan. Kenapa murid2 dibenarkan merentasi jambatan gantung itu melebihi 30 orang serentak sedangkan secara logiknya jambatan gantung strukturnya tidak kuat. Dan ada murid yang melompat atau menggoyang jambatan tersebut untuk tujuan menakutkan rakan2 mereka.

Dan lebih mendukacitakan hanya ada 2 pengawal yang turut membantu menyelamatkan mangsa dalam kemalangan tersebut berbanding dengan sejumlah 294 murid yang menyertai kem 1malaysia tersebut. Di manakah para guru pada masa itu atau mungkin juga jumlah guru wanita yang terlibat dalam program itu melebihi guru lelaki.

Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus keatas kontraktor yang menyebabkan berlakunya tragedi tersebut. Sekiranya langkah2 awal keselamatan dititikberatkan sudah kecelakaan seperti ini tidak akan berlaku. Kembali...

28 October 2009

Budget 2010

Bajet 2010 telah dibaca oleh PM pada Oktober 23. Agaknya lebih tepat menggunakan istilah bajet dibaca daripada menggunakan istilah bajet dibentangkan.

Saya mengandaikan bahawa bajet dibentangkan hanya boleh dilakukan oleh orang yang terlibat secara langsung dalam menyediakan bajet tersebut sebagaimana orang yang membentangkan kertaskerja.

Menyediakan bajet setiap tahun adalah kerja orang finance. Oleh kerana PM adalah juga adalah menteri kewangan maka secara tidak langsung beliau ditugaskan untuk membaca bajet yang disediakan oleh pakar2 finance dari kementerian tersebut.

Bajet 2010 dibaca mengambil masa hampir 2 jam. Dan saban tahun upacara membaca bajet sebegini diadakan di bangunan parlimen, bangunan dimana tempat berkumpulnya pemain2 politik yang dipilih oleh rakyat.

Bagi pemain2 politik tersebut, majlis pembacaan bajet sudah menjadi rutin tahunan mereka. Cuma tahun ini berbeda kerana orang baru telah mengambilalih tugas membaca bajet.

Rata2 ramai yang menyokong dan bersetuju dengan bajet 2010. Sudah tentu bagi mereka yang tak sehaluan, kritikan akan dilemparkan kepada pembaca bajet 2010 bukannya penyedia bajet.

Tapi mungkin juga betul, kritikan harus dilemparkan kepada pembaca bajet kerana beliau adalah PM yang juga mengendali MOF, orang yang perlu bertanggungjawab dalam apa2 tindakan dan perlaksanaan yang terkandung dalam bajet tersebut.

Sebagai rakyat biasa, isi kandungan bajet adalah merupakan gabungan angka2 peruntukkan, cukai2, subsidi dan isentif untuk target group tertentu. Boleh dikatakan isi kandungannya sama setiap tahun cuma angka2 dan percent nya berubah ubah mengikut selera dan firasat orang yang menyediakan bajet tersebut agar selari dengan situasi ekonomi dan politik semasa.

Walaupun peruntukkan, cukai mahu pun isentif dalam bajet diberi dalam bentuk angka dan peratusan, at the end of the year, kita sebagai rakyat biasa tidak tahu apakah keputusan, hasil atau pencapaian bagi bajet tersebut.

Berapakah peruntukkan telah digunakan. Sebagai rakyat biasa dapatkah kita lihat senarai projek yang telah dilaksasnakan dibawah peruntukan tersebut. Berapakah jumlah hasil yang dapat dipunggut dari cukai yang dikenakan dan siapakah ataupun golongan manakah yang menikmati subsidi dan isentif yang diberikan.

Alangkah eloknya kalau semua figure2 tersebut dapat dilihat dan diberi pendedahan kepada umum atau mungkin juga maklumat tersebut boleh dicapai secara online di laman web 1malaysia.

Setidak2nya rakyat biasa dapat mengikuti perkembangan atau status semasa bajet 2010 secara online dan tidak perlu menunggu sehingga upacara pembacaan bajet 2011 untuk mengetahui hasil keberkesanan bajet tersebut.

Apa pun yang penting agar bajet 2010 dapat memberi impak positif ke atas ekonomi negara secara tidak langsung memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

26 October 2009

syawal pergi jua

Agak lama tidak update laman ni... seperti biasa la...alasan utama sibuk la.. takda masa la...sebenarnya kita yang tak committed... full stop.

Syawal dah berlalu.. hari ni 7 Zulkaedah bermakna dah seminggu syawal meninggalkan kita...musim raya dah habis sekarang musim haji.

Sepanjang bulan syawal yang lalu banyak menghadiri jemputan rumah terbuka walaupun rumah sendiri tak terbuka...Banyak juga majlis perkahwinan yang diadakan di bulan syawal...open house dan kenduri kahwin serentak ... jimat belanja... Apapun selamat pengantin baru kepada pasangan Muhammad Amir dan Nurul Nadiah.