Bajet 2010 telah dibaca oleh PM pada Oktober 23. Agaknya lebih tepat menggunakan istilah bajet dibaca daripada menggunakan istilah bajet dibentangkan.
Saya mengandaikan bahawa bajet dibentangkan hanya boleh dilakukan oleh orang yang terlibat secara langsung dalam menyediakan bajet tersebut sebagaimana orang yang membentangkan kertaskerja.
Menyediakan bajet setiap tahun adalah kerja orang finance. Oleh kerana PM adalah juga adalah menteri kewangan maka secara tidak langsung beliau ditugaskan untuk membaca bajet yang disediakan oleh pakar2 finance dari kementerian tersebut.
Bajet 2010 dibaca mengambil masa hampir 2 jam. Dan saban tahun upacara membaca bajet sebegini diadakan di bangunan parlimen, bangunan dimana tempat berkumpulnya pemain2 politik yang dipilih oleh rakyat.
Bagi pemain2 politik tersebut, majlis pembacaan bajet sudah menjadi rutin tahunan mereka. Cuma tahun ini berbeda kerana orang baru telah mengambilalih tugas membaca bajet.
Rata2 ramai yang menyokong dan bersetuju dengan bajet 2010. Sudah tentu bagi mereka yang tak sehaluan, kritikan akan dilemparkan kepada pembaca bajet 2010 bukannya penyedia bajet.
Tapi mungkin juga betul, kritikan harus dilemparkan kepada pembaca bajet kerana beliau adalah PM yang juga mengendali MOF, orang yang perlu bertanggungjawab dalam apa2 tindakan dan perlaksanaan yang terkandung dalam bajet tersebut.
Sebagai rakyat biasa, isi kandungan bajet adalah merupakan gabungan angka2 peruntukkan, cukai2, subsidi dan isentif untuk target group tertentu. Boleh dikatakan isi kandungannya sama setiap tahun cuma angka2 dan percent nya berubah ubah mengikut selera dan firasat orang yang menyediakan bajet tersebut agar selari dengan situasi ekonomi dan politik semasa.
Walaupun peruntukkan, cukai mahu pun isentif dalam bajet diberi dalam bentuk angka dan peratusan, at the end of the year, kita sebagai rakyat biasa tidak tahu apakah keputusan, hasil atau pencapaian bagi bajet tersebut.
Berapakah peruntukkan telah digunakan. Sebagai rakyat biasa dapatkah kita lihat senarai projek yang telah dilaksasnakan dibawah peruntukan tersebut. Berapakah jumlah hasil yang dapat dipunggut dari cukai yang dikenakan dan siapakah ataupun golongan manakah yang menikmati subsidi dan isentif yang diberikan.
Alangkah eloknya kalau semua figure2 tersebut dapat dilihat dan diberi pendedahan kepada umum atau mungkin juga maklumat tersebut boleh dicapai secara online di laman web 1malaysia.
Setidak2nya rakyat biasa dapat mengikuti perkembangan atau status semasa bajet 2010 secara online dan tidak perlu menunggu sehingga upacara pembacaan bajet 2011 untuk mengetahui hasil keberkesanan bajet tersebut.
Apa pun yang penting agar bajet 2010 dapat memberi impak positif ke atas ekonomi negara secara tidak langsung memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment