29 October 2009

robohnya jambatan gantung di kuala dipang

Setiap kali anak kami menyertai rombongan, lawatan sambil belajar atau kem jati diri yang dikelola oleh pihak sekolah, satu surat perlu diisi dan ditandatangani ibubapa atau penjaga.

Surat tersebut menyatakan bahawa pihak ibubapa bersetuju membenarkan anak mengikuti program tersebut dan juga bersetuju untuk tidak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Pihak ibubapa juga sepatutnya boleh mengeluarkan surat persetujuan kepada pihak yang mengganjurkan program tersebut untuk memastikan langkah2 keselamatan dari segenap aspek telah diteliti sebelum sesuatu program dilaksanakan.

Tragedi jambatan gantung yang roboh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang merentangi Sungai Kampar, Perak boleh dijadikan iktibar. Tragedi tersebut telah meragut tiga nyawa.

Pihak berkuasa termasuk polis, JKR, Jabatan Pelajaran malah SPRM sedang melakukan siasatan bagaimana jambatan gantung yang baru dibina roboh. Apa yang perlu juga kita siasat sebenarnya ialah apakah langkah2 keselamatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur sebelum program itu dilaksanakan.

Mengikut laporan dari wartawan beberapa agensi berita, tempat berlakunya kemalangan itu gelap dan tiada lampu jalan. Kenapa murid2 dibenarkan merentasi jambatan gantung itu melebihi 30 orang serentak sedangkan secara logiknya jambatan gantung strukturnya tidak kuat. Dan ada murid yang melompat atau menggoyang jambatan tersebut untuk tujuan menakutkan rakan2 mereka.

Dan lebih mendukacitakan hanya ada 2 pengawal yang turut membantu menyelamatkan mangsa dalam kemalangan tersebut berbanding dengan sejumlah 294 murid yang menyertai kem 1malaysia tersebut. Di manakah para guru pada masa itu atau mungkin juga jumlah guru wanita yang terlibat dalam program itu melebihi guru lelaki.

Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus keatas kontraktor yang menyebabkan berlakunya tragedi tersebut. Sekiranya langkah2 awal keselamatan dititikberatkan sudah kecelakaan seperti ini tidak akan berlaku. Kembali...

0 comments: