06 July 2010

apartment

Dalam entry sebelum ini, kami cerita berkenaan kunjungan atau lintas lalu kami sekeluarga ke Bukit Fraser semasa dalam perjalanan pulang ke KL dari pekan Raub. Oleh kerana kami singgah hanya lebih kurang 30 minit sahaja dan tidak dapat menikmati keindahan dan kehijauan  alam semulajadi sepenuhnya di Bukit Fraser maka anak-anak kami mendesak agar kami sekeluarga datang kembali dan bermalam di Bukit Fraser 

Untuk tidak menghampakan permintaan anak-anak, kami tempah penginapan untuk bermalam di Bukit Fraser pada minggu terakhir cuti persekolahan yang lalu. Sebelum kami cerita berkenaan pengalaman bercuti di Bukit Fraser, ingin kami berkongsi pengalaman bagaimana sukarnya untuk bercuti bila mempunyai ahli keluarga yang ramai.

Kalau dahulu kami banyak pilihan untuk mencari penginapan kerana kebanyakan  tempat percutian  terdapat banyak bilik hotel yang ditawarkan. Sekarang bilik hotel tidak lagi sesuai untuk kami sekeluarga, lagi pun anak-anak kami  tidak mahu tinggal dibilik hotel secara berasingan.

Untuk mengatasi masalah itu kami terpaksa mencari dan menyewa apartment apabila pergi bercuti di sesuatu tempat percutian.  Ada ketikanya kami terpaksa membatalkan hasrat untuk bercuti hanya kerana tempat tersebut tidak menyediakan apartment untuk disewa.

Semasa bercuti di Bukit Fraser kami telah menyewa apartment di Silverpark Resort. Apartment 3 bilik ini amat selesa untuk kami sekeluarga. Ruang tamu nya agak besar dan yang penting ada kitchen, sekurang-kurangnya dapat menyediakan simple lunch atau dinner  masak maggie le, dapat juga jimatkan masa dan kos.

Silverpark Resort terletak di puncak Bukit Fraser dan pemandangan di sekitarnya sangat cantik terutama diwaktu pagi. Kami akan ceritakan tempat-tempat menarik di Bukit Fraser yang kami kunjungi dalam entri yang akan datang.





0 comments: