Hari adalah hari pertama sesi persekolahan tahun 2010 bagi negeri Selangor dan yang sewaktu dengannya.
Bagi mereka yang mempunyai anak berumur 7 tahun, hari ini adalah merupakan hari pertama mereka menjejak kaki ke alam persekolahan yang sebenar. Namun ada di antara kita yang dah hantar anak ke pra-sekolah se awal anak berumur 4 tahun.
Tugas kita sebagai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah supaya mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan menjadi murid yang cemerlang dalam bidang akademik.
Dan tugas mendidik ini tidak seharusnya diserahkan kepada pihak guru sahaja kerana kita juga seharusnya memainkan peranan untuk sama-sama mendidik anak-anak kita agar mereka berjaya dalam pelajaran.
Di sini kami ingin berkongsi maklumat mengenai hasil penyelidikan yang telah di jalankan oleh penyelidik Adam Khoo berkenaan pelajar yang menghadapi masalah semasa belajar. Dan gejala ini lah yang sekiranya tidak ditangani akan menyebabkan prestasi pelajaran anak-anak kita merosot .
- Lemah ingatan atau mudah lupa
- Malas
- Suka menangguhkan kerja
- Leka bermain komputer,internet dan menonton TV
- Sukar memahami apa yang diajar
- Mudah hilang tumpuan
- Mengelamun atau berangan-angan dalam kelas
- Cemas atau risau untuk menghadapi peperiksaan
- Cuai atau selalu melakukan kesilapan
- Tekanan dari ibubapa
- Mudah menyerah kalah atau give up
- Kurang motivasi
- Tak suka guru
- Tak minat untuk belajar
1 comments:
bestnya tgk bebudak baru nak masuk belajar n kenal dunia persekolahan yg dah bertahun tahun ditinggalkan
Post a Comment