28 January 2010

1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

Tanggal 1 Februari 2010 adalah hari Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan adalah gabungan 3 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur yang berusia 36 tahun, Wilayah Persekutuan Labuan, 26 tahun dan Wilayah Persekutuan Putrajaya berusia 9 tahun pada tahun 2010.

Majlis perasmian sambutan Hari Wilayah Persekutuan akan diadakan jam 8 malam pada 31 Januari di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis ini akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tema sambutan Hari Wilayah pada tahun ini ialah "1Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera". Tema ini dipilih bagi memperkukuhkan peranan dan sumbangan berterusan Wilayah Persekutuan terhadap kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat selaras dengan gagasan konsep 1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan bahawa sambutan Hari Wilayah tahun ini di adakan secara sederhana melibatkan kos sebanyak RM3,000,000.00 dengan pengisian 40 program selama sebulan.

Di antara program yang dianjurkan ialah penyampaian sumbangan kepada fakir miskin, istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat, festival Hari Wilayah dan Maraton Malam Putrajaya.

Sempena Hari Wilayah Persekutuan, tarikh 1 Februari 2010 adalah hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Untuk melihat jadual hari pelepasan am atau cuti umum bagi Persekutuan dan negeri tahun 2010 anda boleh klik disini.

0 comments: