10 March 2010

cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan anak-anak kita dan minggu depan bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Dan ada di antara anak kita sekarang  sedang menduduki ujian bulanan atau peperiksaan penggal pertama yang selalunya diadakan di minggu terakhir sebelum cuti. Lepas itu mereka akan bercuti selama 9 hari.

Apakah program cuti sekolah anak-anak anda.?

melancong
pergi umrah
berkhemah
mandi jeram
pergi zoo
berkelah dipantai
balik kampung
ziarah keluarga

Walau apa pun program  dirancang, yang penting kita dapat luangkan masa untuk bersama mereka. Inilah masa berkualiti untuk kita bersama mereka. Di hari biasa kita selalunya sibuk dengan tugas sepanjang hari dan mereka pula sibuk  mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan homeworks.

Sama-samalah kita ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk pergi bercuti bersama anak-anak,  semoga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara kita sekeluarga.

1 comments:

mama affan said...

setuju ngan semua pernyataan di atas..ambik lah kesempatan kukuhkan ikatan kasih sayang dalam keluarga dgn habiskan masa sama2 sama ada di rumah atau g bercuti..huhu..