Sekali lagi kita digemparkan dengan berita kes penderaan kanak-kanak. Kali ini berlaku di Pangsapuri Seri Ara, Damansara dimana kanak-kanak malang itu meninggal dunia kerana di dera oleh sepasang suami isteri yang juga merupakan jiran kepada kanak-kanak tersebut.
Kes penderaan adik Syafiah Humairah buat masa ini belum lagi di bawa ke mahkamah dan terkini berlaku lagi kes penderaan yang mana mangsa dera juga meninggal dunia.
Dan lazimnya kes-kes penderaan ini hanya terbongkar apabila mangsa meninggal dunia. Kenapa kes penderaan tidak dapat dikesan lebih awal ?
Kita sebagai masyarakat yang hidup berjiran perlu memainkan peranan. Konsep " jangan jaga tepi kain orang" tidak lagi boleh di guna pakai. Konsep itu kita perlu ubah. Selain kita jaga tepi kain sendiri, tepi kain orang pun kita kena jaga.
Orang yang paling dekat dengan mangsa dera adalah jirannya. Sekiranya semangat kejiranan dalam sesuatu kelompok masyarakat itu kuat sudah tentu kes penderaan sedemikian tidak akan berlaku ke tahap yang teruk sehingga mangsa meninggal dunia.
Oleh itu sama-samalah kita ambil peduli tentang jiran kita.
Oleh itu sama-samalah kita ambil peduli tentang jiran kita.
P/S : Zaman sekarang orang dah tak pakai kain sarong lagi mungkin istilah "jaga tepi kain" dah tak relevan.
1 comments:
memang sekarang perlu mengambil berat hal orang keliling, bukan sebagai penyibuk...tp adalah untuk kebaikan
betulkan apa yang salah, ikut apa yang betul
barulah dinamakan hidup bermasyarakat.
Post a Comment