Terdapat beberapa laporan dalam internet berkenaan orang asli yang berhimpun di Putrajaya kerana membantah atau tidak puas hati tentang isu pemberimilikan tanah.
Tetapi laporan ini tidak mendapat tempat dalam akhbar arus perdana.
Tabik kepada kumpulan orang asli itu kerana mereka sudah berani untuk keluar membuat protes atau menyuarakan pendirian tetang sesuatu isu. Ini menunjukkan kaum mereka sudah moden dan sudah tidak asli lagi.
Oleh sebab itu ada yang memanggil mereka sebagai orang asal. Di Malaysia terdapat lebih kurang 140,000 orang asal yang tinggal di serata ceruk. Mereka terdiri dari 3 kaum utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Dan dibawah 3 kumpulan utama ini terdapat pecahan kaum yang lebih kecil seperti Temiar, Mah Meri, Temuan, Jakun, Orang Kuala, Bateq dan lain-lain.
Orang asal yang dah moden atau mungkin paling moden yang kami temui ialah orang asal yang tinggal di Kampung Bukit Dugang.
Kampung Bukit Dugang terletak kira-kira 10 minit perjalan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Kawasan penempatan asal mereka telah diambil oleh kerajaan untuk pembinaan pusat pentadbiran Putrajaya.
Sebagai pampasan mereka telah diberi rumah batu yang dibina tidak jauh dari tempat asal penempatan mereka.
Satu lagi sebab yang mereka ni dah moden selain tinggal di Putrajaya, di sebelahan rumah mereka ada resort iaitu Astana Dugang Resort. Resort ini dahulunya dimiliki oleh seorang ahli politik tetapi kini telah dibeli oleh kumpulan nasyid Hijjaz dan telah ditukar nama kepada Teratak Hijjaz Astana Dugang Country Resort.
Lokasi Kampung Bukit Dugang adalah di pintu masuk ke Putrajaya atau ke Desa Pinggiran Putra dari Bandar Baru Bangi atau dari Bandar Baru Salak Tinggi iaitu berdekatan dengan kolam memancing ikan.
Kalau anda ingin merasa suasana tinggal dan bermalam dirumah orang asal anda boleh ke Kampung Pangsoon atau Kampung Sg Congkak di Hulu Langat kerana disana ada tempat penginapan ala rumah orang asal dan masih ada lagi orang asal yang tinggal disekitar tempat itu.
0 comments:
Post a Comment