Ramai dikalangan karyawan blog yang dah tua lama berkarya melalui blog atau lebih mesra dipanggil otai burger blogger, mereka ini ada memberi tutorial dalam blog masing2. Tutorial ini amat berguna terutama kepada mereka yang baru mengenali dunia blog atau mesra dipanggil obar orang baru newbie Dengan adanya tutorial sebegini adalah lebih senang untuk obar copy dan paste saja tutorial tersebut kedalam blog mereka.
Para otai blogger yang menyelia kelas tutorial ini kebanyakkannya mempunyai kepercayaan yang sama iaitu ilmu tidak boleh disimpan atau dipendam dan ianya perlu disebarkan. Kerana ilmu yang disimpan ianya akan berkarat dan akan ditumbuhi cendawan. Jadi sebagai obar kita perlu berterima kasih kepada mereka yang rajin menyediakan tutorial.
Dan salah satu tutorial dari otai yang nak kami praktikkan ialah cara bagaimana untuk meningkatkan trafik. Ada 1001 pelbagai cara untuk melonjak trafik ke blog, diantaranya isi kandungan blog mesti bagus dan yang pentingnya title atau tajuknya mesti menarik dan ada unsur gempak, catchy dan sensasi. Kata otai , orang akan membaca tajuknya dulu sebelum membaca isinya sama seperti orang melihat cover buku terlebih dulu sebelum membaca kandungan buku tersebut.
Oleh sebab itu otai blogger seperti Kak Jie selalu menulis tajuk yang ada unsur sensasi dalam blognya seperti contoh dibawah;
Untuk menjadikan title post gempak, kami tulis taip sebagai video klip hot. Janganlah pula ada yang menganggap kami ada video klip yang ada unsur xxy tu..sebenarnya ia adalah video klip hot air ballon fiesta di Putrajaya yang kami rakam baru-baru ini.
Apa komen otai dan obar?
0 comments:
Post a Comment