- Bawa keluarga melancong. Lawatlah tempat-tempat yang menarik bersama anak-anak.
- Hantar anak-anak menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik, kelas drama atau lain-lain . Pupuk bakat anak kita.
- Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas mempertahankan diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan sambil belajar.
- Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang.
- Bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
- Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Main bola, badminton, bowling atau apa saja permainan yang anak kita suka.
- Bawa anak-anak ke perpustakaan. Ia juga dapat memupuk tabiat membaca dikalangan anak-anak.
- Ajak ahli keluarga yang terdekat untuk makan bersama. Ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
- Membawa anak-anak menonton di pawagam. Pilih movie yang sesuai untuk ditonton bersama anak-anak.
- Layari internet bersama anak-anak. Ambil kesempatan ini untuk menerangkan kebaikan dan keburukan internet. Beri mereka panduan untuk melayari internet dengan cara yang betul.
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
05 June 2010
cuti sekolah bermula
Cuti sekolah dah bermula. Anak kita akan bercuti bermula dari 5 Jun hingga 13 Jun 2010. Apakah aktiviti musim cuti untuk kali ini. Tentu masing-masing telah membuat perancangan untuk mengisi masa lapang anak-anak kita. Kalau belum ada perancangan ikuti tip berikut;
Labels:
aktiviti kanak-kanak,
anak-anak,
cuti,
cuti sekolah
31 May 2010
cuti sekolah 2010
Cuti sekolah akan bermula pada minggu kedua bulan Jun. Sudah tentu ada diantara kita telah merancang untuk membawa keluarga untuk bercuti.
Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum cuti persekolahan bermula. Anak-anak kami sekarang sedang menduduki peperiksaan penggal ke 2 di sekolah masing-masing.
Sedang merancang untuk membawa anak-anak bercuti tetapi yang menjadi masalah untuk memohon cuti. Terpaksa bergilir-gilir bercuti dengan office staf yang lain, kalau tidak nanti pejabat akan kosong kerana masing masing ingin bercuti pada tarikh yang sama.
Labels:
cuti,
cuti sekolah
10 March 2010
cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah
Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan anak-anak kita dan minggu depan bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Dan ada di antara anak kita sekarang sedang menduduki ujian bulanan atau peperiksaan penggal pertama yang selalunya diadakan di minggu terakhir sebelum cuti. Lepas itu mereka akan bercuti selama 9 hari.
Apakah program cuti sekolah anak-anak anda.?
melancong
pergi umrah
berkhemah
mandi jeram
pergi zoo
berkelah dipantai
balik kampung
ziarah keluarga
Walau apa pun program dirancang, yang penting kita dapat luangkan masa untuk bersama mereka. Inilah masa berkualiti untuk kita bersama mereka. Di hari biasa kita selalunya sibuk dengan tugas sepanjang hari dan mereka pula sibuk mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan homeworks.
Sama-samalah kita ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk pergi bercuti bersama anak-anak, semoga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara kita sekeluarga.
Labels:
anak anak.,
cuti,
cuti sekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)

