- Bawa keluarga melancong. Lawatlah tempat-tempat yang menarik bersama anak-anak.
- Hantar anak-anak menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik, kelas drama atau lain-lain . Pupuk bakat anak kita.
- Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas mempertahankan diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan sambil belajar.
- Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang.
- Bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
- Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Main bola, badminton, bowling atau apa saja permainan yang anak kita suka.
- Bawa anak-anak ke perpustakaan. Ia juga dapat memupuk tabiat membaca dikalangan anak-anak.
- Ajak ahli keluarga yang terdekat untuk makan bersama. Ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
- Membawa anak-anak menonton di pawagam. Pilih movie yang sesuai untuk ditonton bersama anak-anak.
- Layari internet bersama anak-anak. Ambil kesempatan ini untuk menerangkan kebaikan dan keburukan internet. Beri mereka panduan untuk melayari internet dengan cara yang betul.
05 June 2010
cuti sekolah bermula
Cuti sekolah dah bermula. Anak kita akan bercuti bermula dari 5 Jun hingga 13 Jun 2010. Apakah aktiviti musim cuti untuk kali ini. Tentu masing-masing telah membuat perancangan untuk mengisi masa lapang anak-anak kita. Kalau belum ada perancangan ikuti tip berikut;
Labels:
aktiviti kanak-kanak,
anak-anak,
cuti,
cuti sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
bukit tinggi xg ke?
Post a Comment