Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

05 June 2010

cuti sekolah bermula

Cuti sekolah dah bermula. Anak kita akan bercuti bermula dari 5 Jun hingga 13 Jun 2010. Apakah aktiviti musim cuti untuk kali ini. Tentu masing-masing telah membuat perancangan untuk mengisi masa lapang anak-anak kita. Kalau belum ada perancangan ikuti tip berikut;
  • Bawa keluarga melancong. Lawatlah tempat-tempat yang menarik bersama anak-anak.
  • Hantar anak-anak menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik, kelas drama atau lain-lain . Pupuk bakat anak kita.
  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas mempertahankan diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan sambil belajar.
  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang.
  • Bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
  • Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Main bola, badminton, bowling atau apa saja permainan yang anak kita suka.
  • Bawa anak-anak ke perpustakaan. Ia juga dapat memupuk tabiat membaca dikalangan anak-anak.
  • Ajak ahli keluarga yang terdekat untuk makan bersama. Ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
  • Membawa anak-anak menonton di pawagam. Pilih movie yang sesuai untuk ditonton bersama anak-anak.
  • Layari internet bersama anak-anak. Ambil kesempatan ini untuk menerangkan kebaikan dan keburukan internet. Beri mereka panduan untuk melayari internet dengan cara yang betul.

02 June 2010

Melaka bandar bersejarah


Selain dari tempat bersejarah peninggalan penjajah yang terdapat di Melaka yang menjadi daya tarikan untuk orang ramai mengunjunginya, di sana juga ada menara Taming Sari yang mana bangunannya dibina menggunakan teknologi moden dan menjadikan ia sebagai penambah daya tarikan untuk pelancong datang ke Melaka.

Menara ini siap dibina dan dirasmikan pada 18 April 2008. Ia terletak di Jalan Melaka, Banda Hilir.  Dibina dengan menggunakan teknologi dari Switzerland dengan ketinggian 110m.

Kos untuk membina membina menara ini adalah RM24 juta termasuk bangunan pentadbirannya yang dikenali sebagai Rumah Melaka.

Menara Taming Sari telah tercatat dalam Malaysia Book of Record sebagai First Revolving Gyro Tower di Malaysia.


Sekiranya berkunjung ke Melaka jangan lepas peluang untuk meninjau pemandangan sekitar bandar Melaka dari puncak Menara Taming Sari..

31 May 2010

cuti sekolah 2010


Cuti sekolah akan bermula pada minggu kedua bulan Jun. Sudah tentu ada diantara kita telah merancang untuk membawa keluarga untuk bercuti. 

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum cuti persekolahan bermula. Anak-anak kami sekarang sedang menduduki peperiksaan penggal ke 2 di sekolah masing-masing.

Sedang merancang untuk membawa anak-anak bercuti tetapi yang menjadi masalah untuk memohon cuti. Terpaksa bergilir-gilir bercuti dengan office staf yang lain, kalau tidak nanti pejabat akan kosong kerana masing masing ingin bercuti pada tarikh yang sama.

10 March 2010

cuti cuti Malaysia sempena cuti sekolah

Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan anak-anak kita dan minggu depan bermulalah cuti sekolah penggal pertama. Dan ada di antara anak kita sekarang  sedang menduduki ujian bulanan atau peperiksaan penggal pertama yang selalunya diadakan di minggu terakhir sebelum cuti. Lepas itu mereka akan bercuti selama 9 hari.

Apakah program cuti sekolah anak-anak anda.?

melancong
pergi umrah
berkhemah
mandi jeram
pergi zoo
berkelah dipantai
balik kampung
ziarah keluarga

Walau apa pun program  dirancang, yang penting kita dapat luangkan masa untuk bersama mereka. Inilah masa berkualiti untuk kita bersama mereka. Di hari biasa kita selalunya sibuk dengan tugas sepanjang hari dan mereka pula sibuk  mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan homeworks.

Sama-samalah kita ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk pergi bercuti bersama anak-anak,  semoga dapat mengeratkan hubungan dan kasih sayang antara kita sekeluarga.

06 February 2010

CNY

CNY - Chinese New Year atau Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina pada 14 Februari 2010.

Lebih kurang 27 peratus dari jumlah penduduk Malaysia yang berketurunan Tiong Hua akan merayakan Tahun Baru Cina iaitu hari pertama di tahun baru mengikut kalendar Lunar.

Tarikh tahun baru ini sentiasa berubah tidak sepertimana  menyambut tahun baru masehi iaitu pada 1 Januari setiap tahun. Tahun Baru Cina selalunya bermula  bila bila masa diantara 21 Januari dan 18 Februari. Dan setiap tahun baru akan diberi nama mengikut nama binatang dimana tahun ini adalah tahun harimau.

Tahun Baru Cina merupakan salah satu hari penting dalam masyarakat Cina. Pada hari tersebut semua ahli keluarga akan berkumpul dan diikuti pemberian hadiah atau ang pow dan diadakan upacara makan besar iaitu jamuan untuk makan makanan simbolik seperti yee sang - simbol kepada kemewahan dan kemakmuran.

Pada tahun ini Tahun Baru Cina disambut bersama dengan sambutan  Velantine Day. Selalunya pada hari  Valentine ramai pasangan dari kaum Cina akan melangsungkan perkahwinan tetapi tahun ini jumlah  pasangan yang melangsungkan perkahwinan berkurangan. Baca laporan thestar.

Ramai pasangan percaya bahawa melangsungkan perkahwin pada  tarikh tersebut tidak sesuai memandangkan tahun hari2mau harimau boleh membawa kepada  kemarahan, perbalahan dan konflik.

Actually apa yang nak kami utarakan adalah bukan berkenaan CNY tapi  berkenaan cuti sempena CNY.  Ramai di antara kita yang akan bercuti sakan. Bagi mereka yang bekerja dengan majikan yang berbangsa Cina sudah tentu akan bercuti panjang, mungkin 10 hari termasuk week end.

Tambahan pula kebanyakan sekolah juga cuti selama seminggu. Jadi sama-samalah kita gunakan cuti yang panjang ini untuk bersama anak-anak  Masih ada masa lagi untuk kita merancang untuk membawa anak bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina.