CNY - Chinese New Year atau Tahun Baru Cina akan disambut oleh masyarakat Cina pada 14 Februari 2010.
Lebih kurang 27 peratus dari jumlah penduduk Malaysia yang berketurunan Tiong Hua akan merayakan Tahun Baru Cina iaitu hari pertama di tahun baru mengikut kalendar Lunar.
Tarikh tahun baru ini sentiasa berubah tidak sepertimana menyambut tahun baru masehi iaitu pada 1 Januari setiap tahun. Tahun Baru Cina selalunya bermula bila bila masa diantara 21 Januari dan 18 Februari. Dan setiap tahun baru akan diberi nama mengikut nama binatang dimana tahun ini adalah tahun harimau.
Tahun Baru Cina merupakan salah satu hari penting dalam masyarakat Cina. Pada hari tersebut semua ahli keluarga akan berkumpul dan diikuti pemberian hadiah atau ang pow dan diadakan upacara makan besar iaitu jamuan untuk makan makanan simbolik seperti yee sang - simbol kepada kemewahan dan kemakmuran.
Pada tahun ini Tahun Baru Cina disambut bersama dengan sambutan Velantine Day. Selalunya pada hari Valentine ramai pasangan dari kaum Cina akan melangsungkan perkahwinan tetapi tahun ini jumlah pasangan yang melangsungkan perkahwinan berkurangan. Baca laporan thestar.
Ramai pasangan percaya bahawa melangsungkan perkahwin pada tarikh tersebut tidak sesuai memandangkan tahun hari2mau harimau boleh membawa kepada kemarahan, perbalahan dan konflik.
Actually apa yang nak kami utarakan adalah bukan berkenaan CNY tapi berkenaan cuti sempena CNY. Ramai di antara kita yang akan bercuti sakan. Bagi mereka yang bekerja dengan majikan yang berbangsa Cina sudah tentu akan bercuti panjang, mungkin 10 hari termasuk week end.
Tambahan pula kebanyakan sekolah juga cuti selama seminggu. Jadi sama-samalah kita gunakan cuti yang panjang ini untuk bersama anak-anak Masih ada masa lagi untuk kita merancang untuk membawa anak bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina.

1 comments:
Salam perkenalan.
Tertarik dgn nama 'familyria' ..
Selamat bercuti panjang .. saya pun .. hehe. Tp nak balik kpg pun rasa mcm malas pulak sbb sure jem gile ..
Post a Comment