18 February 2010

jalan jalan cari makan

Bilakah kali terakhir anda bersama keluarga menjamu selera di tepian pantai sambil menikmati sajian ikan pari bakar dicicah air asam, ikan kerapu dimasak 3 rasa atau menghirup kuah ikan siakap dimasak sweet and sour?.. Wow...sungguh menyelerakan..


Apa kata kalau dihujung minggu ini kita bawa family menjamu selera di medan ikan bakar. Terdapat banyak medan selera atau medan ikan bakar yang famous di antaranya;
Medan ikan bakar PD
Medan ikan bakar Pasir Panjang
Medan ikan bakar Umbai, Melaka
Medan ikan bakar Alai, Melaka
Medan ikan bakar Bagan Lalang, Sepang
Medan ikan bakar Port Klang
Medan ikan bakar Serkam


Sekadar menyebut beberapa medan ikan bakar yang terletak di sekitar Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor yang pernah kami pergi. Memang terdapat banyak lagi medan ikan bakar di sepanjang persisiran pantai yang famous dan terkenal yang sering dikunjungi pengemar makanan laut atau seafood.

Sempena cuti Tahun Baru Cina kami sekeluarga berkesempatan menjamu selera di Medan Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor.


Terletak lebih kurang 13 km dari Pekan Kuala Selangor, melalui Jalan Kapar iaitu berhampiran Sungai Buloh. Ada beberapa restoran ikan bakar di sekitar kawasan ini dan kami singah di Restoran Aroma Ikan Bakar.


Selepas makan dan solat Magrib di restoran tersebut kami sekeluarga menuju ke satu destinasi untuk melihat keajaiban alam yang tidak terdapat ditempat lain. Di mana?...tungguuuu..next entry...

7 comments:

Adlina Husaini said...

salam sis..apa kata bagi review pasal makanan kat situ..best tak?

familyria92 said...

Masakannya sama macam kat medan ikan bakar yg lain..cuma yg best ikan fresh dan banyak pilihan.

fikaryna said...

baru bbrp hari lepas menikmati ikan bakar mama masak..bbq di rumah bersama famili pun syok..huhu.tp teringin ke tepi pantai..sbb da lama x buat..

sarashah said...

sedapnyeeeeeeeeeeeeeee...nice info!!!!anyway...

get a FREE trip to Switzerland by joining us as business partners today!!!

visit www.pb-aura.blogspot.com

sarashah said...

salam...i dah update pasal bio aura...nnti tgk ya.thanks

familyria92 said...

okay..nanti kami visit your blog.

Idalara said...

rasa seronok bila nama kampungku disebut2..medan ikan bakar terapung umbai..harga kat situ ok juga...