22 February 2010

jom kelip kelip

Setelah selesai menikmati makan malam di restoran Aroma Ikan Bakar kami beredar menuju ke Kampung Kuantan, lebih kurang 10 km dari pekan Kuala Selangor. Di sinilah terletaknya keajaiban alam yang kami katakan sebelum ini iaitu tempat kelip-kelip atau fireflies berkumpul.


Ada yang menyatakan keajaiban kelip-kelip ini hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia dan salah satunya ialah di Kampung Kuantan.  Oleh sebab itu ramai pelancung asing yang datang untuk melihat kerdipan kelip- kelip terutama pelancung dari Jepun.


Sebenarnya kami selalu  lihat kelip-kelip atau dipanggil kunang-kunang semasa  kanak-kanak dulu (di kampung) kerana pada masa itu kunang-kunang selalu terbang di waktu malam dan kadang kala memasuki rumah. Tapi sekarang fenomena seperti itu tidak lagi dapat dilihat kerana spesis kunang-kunang atau kelip-kelip ini sudah pupus.

Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini berbeza dengan kelip-kelip ditempat lain kerana di sini serangga ini berkumpul di pokok berembang yang tumbuh di sepanjang sungai Selangor dan mengeluarkan kerlipan cahaya yang sungguh menarik.
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip adalah pada ekornya, yang boleh mengeluarkan kerlipan cahaya.

Mengikut rekod kajian terdapat antara 1,900 ke 2,000 spesis kelip-kelip yang terdapat di dunia. Di Kampung Kuantan, Kuala Selangor terdapat 3 spesis kelip-kelip iaitu Pteroptyx tener, Pteroptyx valida dan Pteroptyx malaccae. 

Spesis dari jenis Pteroptyx tener adalah spesis yang paling banyak terdapat di Kampung Kuantan.  Kelip-kelip dewasa bagi spesis Pteroptyx tener hanya berukuran 5 - 10mm panjang. Keunikan yang ada pada spesis ini adalah kebolehan  menghasilkan kerdipan beritma secara serentak.


Kelip-kelip di Kampung Kuantan ini banyak mendiami di atas pokok berembang (Someritia caseolaris) yang tumbuh di tebing Sungai Selangor.  Kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembab dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak.


Pada siang hari, kelip-kelip ini menjadi tidak aktif dan berehat di bawah daun-daun pokok berembang. Kitaran hidup kelip-kelip berlaku secara "metamorfosis" iaitu ianya bermula dari peringkat telur kepada larva dan dari peringkat larva bertukar menjadi pupa yang akhirnya menjadi kelip-kelip dewasa.


Pembangunan dan penebangan hutan paya bakau secara berleluasa telah memberi kesan kepada populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan.  Kawasan hutan paya bakau di Kampung Kuantan telah berkurangan sebanyak 50% sejak 20 tahun yang lalu akibat pembukaan tanah untuk pertanian mahu pun untuk penempatan.


Sumber informasi : TNB Research Sdn Bhd dan FRIM.



Cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip tidak mengandungi infrared atau ultravoilet. Oleh kerana itu kerlipan kelip-kelip tidak jelas apabila dirakam dengan kemera biasa.

6 comments:

Adlina Husaini said...

wah akak..cantik la..saya penah lalu tempat tu..tapi tak sempat nak singgah..lagipun kena p memalam baru nampak kan? saya ada anak kecil..takut juga nak bw gi tempat hutan2 ni waktu malam..tak nampak kelip2 nampak benda lain dok poco poco kat depan dia pulak kang hihi

familyria92 said...

nanti kami akan attach video klip yg kami ambil semasa menaiki sampan utk melihat kelip-kelip..

fikaryna said...

bestnya..teringin nak g..

zairi said...

Salam Motivasi dan Salam Berkenalan

Saya pernah pergi ngok kelip-kelip seronok sangat sbb kecantikan dan keindahan cahaya kelip-kelip. Rasa tenang je. :-)

Tq

NURA said...

salam sobat
waoo cantik dan indah sekali mba,,kelip-kelip seperti lampu kecil ya,,
kalau dulu di Indonesia ada binatang yg kelip-kelip ,namanya kunang-kunang.

Nida said...

Cantiknya.... seronok melihat keindahan alam... Thanks berkongsi info :)