"Jangan bising, abah tengah baca buku tu... abah nak jadi jutawan...." kata Amir kepada adiknya Ammar. Terpegun sejenak kerana anak kami Amir, tahu tentang buku yang saya baca. Bermakna dia memerhati saya membaca dan melihat cover buku yang saya baca tanpa disedari.
Kebetulan pada waktu itu saya sedang membaca buku tulisan Adam Khoo. Buku menceritakan bagaimana beliau menjadi jutawan ketika berumur 26 tahun.
Setuju dengan pendapat dari pengkaji tingkah laku kanak-kanak bahawa setiap kanak-kanak akan memerhatikan apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka di rumah. Memerhati tingkah laku ibu bapa mereka adalah sebahagian dari proses pembelajaran dalam kehidupan mereka. Mereka akan cuba meniru atau melakukan apa yang dilakukan oleh ibu bapa . Kalau kita mahu anak-anak kita rajin membaca , ibu bapa seharusnya juga perlu rajin membaca dirumah .
Terdapat beberapa cara atau langkah yang boleh kita praktikkan untuk menarik minat anak-anak kita membaca atau mengulangkaji pelajaran. Di antaranya;
- Jelaskan kepada anak kita tentang pentingnya pelajaran dalam hidup kita. Orang yang berpelajaran akan beroleh kejayaan. Walau pun nasihat ini selalu di berikan oleh guru, kita sebagai ibubapa juga perlu menasihati mereka. Untuk berjaya dalam pelajaran kena rajin membaca dan buat homework yang di suruh oleh guru.
- Sediakan tempat yang sesuai untuk study dirumah. Turn off TV bila anak sedang belajar kerana anak kita tak dapat tumpukan perhatian kepada apa yang dibaca kalau rancangan kartun kegemaran mereka sedang ke udara. Atau letak TV dalam bilik supaya anak yang belum bersekolah dapat menonton TV didalam bilik dan mengelakkan dari mengganggu abang atau kakaknya yang sedang study.
Ruang tamu juga boleh dijadikan ruang untuk study kerana ruangnya luas dan selesa. Coffee table juga boleh dijadikan meja study. - Duduk bersama anak apabila mereka sedang belajar dan bersedia untuk membantu anak bila mereka bertanya tentang pelajaran . Bila anak kita lihat kita bersama mereka belajar, mereka lebih bersemangat untuk belajar.
- Ambil tahu tentang subjek yang anak kita sedang study. Bagi anak yang belajar di sekolah rendah ini tidak menjadi masalah kepada ibu bapa. Go through buku teks anak kita. Tujuannya supaya kita dapat membantu bila mereka bertanya atau tidak faham tentang subjek yang mereka pelajari.
- Tanya soalan berkaitan dengan subjek yang anak kita sedang study. Dengan bertanyakan soalan membantu anak kita menggunakan otak untuk berfikir. Secara tidak langsung merangsang minda mereka. (sila baca disini)
- Tahu tahap keupayaan anak kita. Setiap dari anak kita mempunyai keupayaan belajar yang berbeza. Dengan mengetahui tahap keupayaan mereka dapat membantu anak belajar secara lebih efektif. Ada yang boleh study berjam-jam tanpa break dan ada yang perlu break setiap 20 minit dan ada yang cepat boring bila mentelaah pelajaran.
Dengan mengetahui tahap keupayaan mereka, kita boleh bantu mengatasi kelemahan tersebut. Sekira anak kita perlu break setiap 20 minit, benarkan mereka berbuat demikian. Tugas kita adalah pastikan anak kita kembali study selepas break.
0 comments:
Post a Comment