Lagi cerita pasal bunga. Tentu ramai di antara kita yang minat bunga samada minat tanam bunga, minat hias atau gubah bunga atau minat beli bunga terutama bunga segar.
Masalah yang sering kita hadapi ialah bunga yang dibeli tidak tahan lama, cepat kuncup atau layu. Bagi sesiapa yang expert pasal bunga tentu tahu bagaimana cara untuk mengekalkan kesegaran bunga agar tidak cepat layu.
Potong tangkai bunga dengan pisau yang tajam dan jangan guna gunting.
Bila potong tangkai bunga buat potong 45 degree. Ini dapat meluaskan permukaan untuk menyerap air.
Potong tangkai bunga diwaktu pagi dan segera letakkan bunga tersebut di dalam pasu yang berisi air. Jangan biarkan tangkai yang telah dipotong tadi terdedah tanpa air kerana ia menghalang keupayaan bunga itu menyerap air.
Bunga yang dibeli dari kedai bunga jangan terus dimasukkan dalam pasu, potong lebih kurang 1 inci tangkainya dengan potongan 45 degree.
Cantas daun atau kuntum bunga yang dah mati.
Isikan air suam dalam pasu. Bunga mudah menyerap air suam berbanding air biasa atau air sejuk.
Isi air se dalam 2 hingga 3 inci untuk elakkan tangkai cepat reput.
Guna bahan pengawet supaya bunga nampak segar. Bahan pengawet boleh buat sendiri iaitu 1 sudu teh gula sebagai baja, 1 sudu teh bleach untuk mematikan bakteria dan 2 sudu teh jus limau untuk mengawal pH air.
Tukar air dan pengawet setiap 2 hari untuk mengekalkan kesegaran bunga.
Jika bunga kelihatan layu bermakna ia tidak menyerap air dengan baik. Asingkan dari pasu atau mungkin boleh diselamatkan dengan memotong 1 inci tangkai bunga tersebut.
1 comments:
assalammualaikum
saya jenis yang kurang suka simpan bunga
tengok bunga suka jugalah
tanam bunga tak suka
tapi
apapun bagus info ini
Post a Comment