08 May 2009

Tuisyen

Menghantar anak ke kelas tuisyen sudah menjadi satu keperluan kini. Zaman kita sekolah dulu tidak ada kelas tuisyen tambahan kalau bersekolah di kawasan luarbandar. Kalau ada tuisyen pun hanya mereka yang bersekolah dibandar.
Kini pusat tuisyen tumbuh macam cendawan. Ia telah menjadi satu bidang perniagaan , ada yang menyewa rumah kedai untuk dijadikan pusat tuisyen, ada yang mengadakan tuisyen dirumah dan ada yang datang ke rumah pelajar. Tak kiralah dimana atau cara bagaimana tuisyen diadakan yang penting kita perlu tahu siapa guru tuisyen tersebut. Ada pusat tuisyen membayar pelajar universiti sebagai guru tuisyen (part time) dan ada surirumah yang dulunya bekerja tapi dah bersara awal menjadi guru tuisyen. Adakah mereka tahu sukatan pelajaran yang hendak diajar atau hanya berdasarkan buku-buku yang ada dipasaran untuk mengajar. Kalau boleh pilih pusat tuisyen yang menggunakan khidmat guru sekolah untuk mengajar, lagi baik kalau guru tersebut pernah terlibat memeriksa kertas soalan peperiksaan .

0 comments: