Satu kad besar warna merah berbentuk love terletak di atas meja makan sewaktu memasuki ruang dapur pada pagi Ahad 10 May lalu. Juga terdapat kek dan agar-agar terhidang di atas meja. Hairan juga kerana pada malam sebelumnya tidak ada kek atau agar-agar di dalam peti ais. Bila diamati kad tersebut adalah kad ucapan selamat hari ibu .
“ Kakak buat agar-agar ni pukul 2 pagi tau….sebab bila kakak buka TV kat depan, channel travel & living kat astro masih on air…. mesti mama tak tidur lagi .. tak nak bagi mama tau….. kakak tunggu mama tidur baru kakak buat.. . kek tu Mak Usu yang beli…”
Kata Eqa semasa kami sarapan bersama. Kat rumah decoder astro kami letak dalam bilik tidur , satu TV dalam bilik tidur dan satu lagi kami sambung kat ruang tamu. Kalau TV kat luar tak da siaran maknanya kami dah tidur le…. Senang nak control tak nak bagi dia orang tengok TV sampai lewat malam….
Beberapa hari yang lepas kami terima e-mail bersama artikel dari kenalan.. Kami lampirkan artikel tersebut..
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.... ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.... ibu
Bila bangun tidur, aku cari.... ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang .... ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.... ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.... ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.... ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... ibu
Aku selalu teringatkan .... ibu
Bila sedih, aku mesti talipon.... ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.. ibu
Bila takut, aku selalu panggil... "iiiibbbuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.... ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... ibu
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... ibu
Yang selalu berleter kat aku... ibu
Yang selalu puji aku.... ibu
Yang selalu nasihat aku.... ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... ibu
Bila aku dah ada pasangan hidup….....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... ibu
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... ibu
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... ibu
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. ibu ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon ibu
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk ibu ibu
Tapi kalau ibu sudah tiada.....
..... IBUUUU !!!...RINDU IBU....... RINDU SANGAT....
Renungkan kata-kata ini,,
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Renungkan kata-kata ini,,
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Cerita ibu dan anaknya..
Cerita ibu dan anaknya..
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu… , saya takkan lupa jasa ibu…. ".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulis ibunya.
Begitulah kesahnya...
Sayangilah ibu kita kerana anak-anak kita akan menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi ibu kita....
0 comments:
Post a Comment