26 May 2009

cuti sekolah hotel penginapan percuma






















Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Adakah anda telah merancang untuk membawa anak-anak bercuti. Membawa anak-anak bercuti atau melancung akan mendekatkan kita dengan anak-anak. Ia dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan antara anak-anak dan ibubapa.

Berapa lamakah masa berkualiti kita bersama anak-anak setiap hari. Bagi ibubapa yang bekerja, masa kita bersama anak-anak mungkin tidak lebih dari 4 atau 5 jam sehari setelah ditolak waktu tidur. Bagaimana pula ibubapa yang bekerja out station.

Ambil kesempatan di musim cuti sekolah untuk membawa anak-anak melancung. Bercuti bersama keluarga tidak semesti kita pergi keluar negara. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di dalam negara. Rancang percutian sebaik mungkin. Tanpa perancangan percutian boleh mengakibatkan suasana boring dan membuang masa saja.

Berikut beberapa tip percutian berdasarkan pengalaman kami ..

1. Tempah penginapan lebih awal kerana banyak pilihan dan jangan guna kaedah walk in check in kerana musim cuti sekolah tempat penginapan selalu fully booked . Bagi keluarga besar apartment atau chalet ala semi D adalah sesuai. Pilih yang ada swimming pool – anak-anak suka mandi kolam. Google tempat penginapan atau tanya keluarga atau kenalan tempat penginapan yang bagus yang telah mereka diami.

2. Rancang perjalanan ke tempat bercuti. Kalau menaiki kenderaan sendiri berapa lama masa perlu untuk sampai ke destinasi . Senaraikan tempat yang hendak dilawati untuk mengelakkan kesuntukan masa terutama kalau tempuh percutian anda singkat.

3. Sediakan peralatan , pakaian dan makanan yang perlu dibawa. Bawa pakai yang sesuai dan perlu sahaja. Sediakan beg galas. Jangan lupa bawa pakaian untuk mandi kerana ada tempat tidak dibenarkan memakai pakaian biasa untuk mandi. Kalau ada baby pastikan keperluan pakaian dan makanan baby cukup. Jangan buang masa hanya kerana perlu beli diaper yang lupa dibawa. Beli roti , sardine atau tuna sandwich dan bancuhan minuman 3 in 1 untuk breakfast. Kebanyakkan tempat penginapan menyediakan breakfast percuma untuk dua orang sahaja. Kita boleh jimat wang dan masa dengan menyediakan breakfast sendiri. Biasanya apartment atau chalet ada kemudahan dapur.

4. Check-in tempat penginapan. Selalunya musim cuti anda hanya boleh check-in selepas pukul 2 petang kerana bilik penginapan belum ready. Jangan buang masa menunggu di lobby. Hubungi tempat penginapan terlebih dulu. Sekiranya dapat check in awal , buat pendaftaran ambil kunci dan simpan bag pakaian. Isikan barang keperluan lain dalam beg galas seperti sejadah, telekong dan barang keperluan baby ( jika ada baby ) untuk dibawa bersama. Se eloknya biar anak-anak tunggu di dalam kereta. Beritahu mereka kita datang untuk check in saja dan bukan untuk tidur atau mandi kolam. Mandi kolam disyorkan diwaktu pagi ke esokan hari kerana air kolam masih bersih dan tak ramai orang.

5. Kunjungilah tempat yang hendak dilawati seperti yang telah disenaraikan. Aturkan lawatan sebaik mungkin agar tidak kesuntukan masa. Makan tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak warung makan atau restoran. Begitu juga dengan solat , terdapat banyak surau atau masjid berhampiran malah setengah restoran atau food court ada menyediakan surau.

6. Balik ke tempat penginapan sebelum senja. Bersih diri dan rehat sekejap sebelum keluar untuk makan malam. Kalau hendak shopping atau window shopping boleh lakukan selepas makan malam atau kalau kepenatan terus balik ke bilik penginapan.

7. Keesokan pagi selepas sarapan bawa anak-anak mandi kolam . Waktu pagi adalah paling sesuai kerana air kolam sejuk, bersih dan tidak ada sinaran panas cahaya matahari. Tapi awasi anak-anak di kolam mandi kerana tidak semua tempat penginapan menyediakan pengawal keselamatan.

8. Sekiranya masih terdapat tempat yang hendak dilawati anda boleh check out awal dan pergi ke tempat tersebut sebelum pulang ke rumah. Begitu aturcara lawatan untuk percutian singkat dua hari satu malam.

Catatan ***.

Pernah kawan mencadangkan tempat percutian yang menawarkan penginapan percuma bermalam-malam dan disediakan makan dan minum secara percuma …………….
bercuti balik kampung.

0 comments: