15 May 2009

Selamat Hari Guru

Khutbah di masjid hari ini membicarakan tentang hari guru yang akan disambut pada 16 Mei 2009. Khatib yang membaca khutbah mengulas bertapa besarnya pengorbanan guru yang mendidik anak-anak muridnya hingga berjaya, menjadi insan yang berguna, menjadi pemimpin samada di peringkat korporat, pemimpin peringkat negari mahu pun pemimpin negara.

Kejayaan kita hari ini adalah merupakan hasil dedikasi guru yang mengajar dan membimbing kita menjadi insan yang berilmu. Sudah tentu guru juga akan merasa bangga bila melihat anak-anak muridnya berjaya. Bayangkan kalau seorang guru mengajar subjek matematik tahun satu yang muridnya seramai 175 orang ( 35 orang/ kelas x 5 kelas - sekolah kawasan bandar) dan mengajar selama 20 tahun bermakna beliau mempunyai anak murid seramai 3,500 orang. Kalau beliau juga mengajar tahun 2 atau tahun 3 sudah tentu jumlahnya bertambah. Agar sukar guru untuk mengenali atau mengingati semua anak muridnya. Jadi kita lah yang sepatutnya mengingati mereka.

Guru-guru yang mengajar kita sememangnya memiliki sifat-sifat terpuji misalnya sifat penyabar. Bukan mudah untuk melayan kerenah murid terutama murid-murid diperingkat rendah. Guru yang mengajar kita juga berperibadi mulia kerana guru adalah role model kepada murid muridnya. Sifat-sifat terpuji yang lain adah seperti adil , tidak membeza-bezakan antara anak muridnya, dedikasi dan bertanggungjawab. Pernah berlaku dimana guru menangis didalam kelas kerana melihat markah anak muridnya rendah atau merosot. Mungkin beliau merasa kesal kerana apa yang diajar tidak dapat diterima oleh muridnya. Lihatlah bertapa mulianya guru-guru yang memiliki sifat sedemikian.
Walaupun terdapat kes-kes guru yang tidak berdisiplin tetapi bilangannya terlalu kecil. Selalunya kes kes seperti ini sering diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan samada untuk kepentingan peribadi atau untuk kepentingan politik mereka. Apa pun jasa guru amat besar dan tidak ternilai dan kita patut menyanjunginya.

SELAMAT HARI GURU.

0 comments: