01 March 2010

mangsa konflik hubungan cinta ibunya.

Terpanggil untuk berkongsi cerita sedih mengenai adik Syafia Humairah yang telah meninggal dunia kerana didera. Pelbagai reaksi dari masyarakat apabila menerima berita tentang kematian kanak-kanak tersebut akibat didera dengan kejam..

Pada awalnya ramai yang sedih dan simpati terhadap peristiwa yang berlaku terutama kepada ibunya yang kehilangan anak yang disayangi.  Dan kita mengutuk suspek yang merupakan teman lelaki ibunya kerana bertindak kejam dan sanggup mendera adik Syafia.

Sehari selepas kejadian itu tersebar beberapa versi berita tentang hubungan ibu mangsa dera dengan suspek.  Kita boleh baca kisah ini di sini.



Juga berita itu boleh baca di sini.


Apabila membaca berita terkini tentang peristiwa tersebut, pelbagai perasan timbul, sedih, marah, geram dan rasa macam tertipu. Dan yang pasti, perginya adik Syafia Humairah adalah berpunca dari  konflik hubungan cinta ibunya sendiri.

Sama-samalah kita sedekah al-Fatihah kepada adik Syafia Humairah. 
Al-Fatihah......

3 comments:

Guru said...

hanya keluarga tersebut yang tahu apa yang berlaku.
kepada yang masih hidup dan terlibat secara langsung dengan kematian adik Syafia, hanya Allah yang selayaknya menghukum... bukan kita.

moga kita terjauh dari menyebarkan perkara yang tidak benar.

semoga keluarga kita terlindung dari fitnah dan mala petaka sebegitu

Syima Syaz said...

salam...
pada saya bukan setakat konflik...tp NAFSU!!
tgk muka mak dia pun saya rasa nak bagi hadiah penumbuk 1..
cukup2 lah dia nak berlakon-lakon lagi.kita ak tertipu.mcm mane suami yang dlm penjara sejak 2006, tiba2 anak umur 3 tahun....mengucap saya!

mama affan said...

mak dia sgt tidak bermoral..kalau dia yg punya angkara..jgn la anak yg jadi mangsa..mmg sian pia..moga dia aman di sana..