03 December 2009

tiada lagi tempat berteduh....

Balik kampung tetapi menginap di hotel. Fenomena ini berlaku kerana apabila ibubapa sudah tiada, rumah peninggalan tidak didiami. Adik beradik semuanya dah berkeluarga dan mendiami rumah sendiri dan ada yang bermastautin di negeri lain.

Sudah tiada lagi tempat untuk bermalam apabila sesekali kembali ke tanah tempat kelahiran. Bukan tak mahu menumpang rumah saudara mara, sebenarnya saja tak mahu menyusahkan mereka.

Mungkin ramai yang mengalami suasana sebegini kerana setiap kali cuti raya tempat penginapan atau hotel fully booked.

1 comments:

Kujie said...

harap2 jgn lah berlaku

tapi kt kg kami tak de hotel

takut2 pakat semua tak balik-balik :(