25 December 2009

jutawan internet

Sambung cerita pasal perniagaan online yang kami post minggu lepas. Selain dari menjual produk secara online ada macam2 cara orang buat duit melalui internet. Ada kawan kita yang jual iklan, mengadakan kelas atau tutorial secara online, masuk program affiliate dan main klick2 pun boleh buat duit.

Ramai yang hidup senang hasil dari internet dan ada yang hidup tak senang kerana internet. Hidup senang kerana wang sentiasa mengalir masuk hasil dari perniagaan online atau kerana program2 menjana wang yang mereka sertai. Dan yang hidup tak senang kerana ditipu oleh penjenayah siber atau wang banyak dilaburkan untuk buka business online tapi hasilnya tiada.

Hidup pun boleh jadi tak senang kalau terlibat dalam business internet. Kita kena tumpu 100 peratus kepada business bermakna kita kena lebih masa beronline. Kena update web, buat promosi, cari contact baru dan macam2 lagi. Kitaran hidup juga boleh berubah, siang tidur malam mengadap komputer dan ada yang tidur hanya 3 jam sehari. Walau pun hidup boleh jadi tak senang kerana banyak habiskan masa beronline tapi ada orang hidup senang kerananya. Ada yang dah jadi jutawan melalui internet.

Sebut pasal jutawan internet kami nak kongsi cerita pasal jutawan internet muda .handsome, celebriti Irfan Khairi. Kami pernah mengikuti seminar percuma yang beliau anjurkan. Seminar percuma ini selalunya diadakan di City Hotel, MidValley dan juga di JB. Beliau menjadi jutawan internet ketika berusia 25 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan beliau klik di sini.


0 comments: