30 December 2009

jual nasi lemak jadi jutawan

Saya terbaca artikel dalam blog pakar pelaburan dan kewangan dari Singapura, Helmi Hakim yang mendedahkan hasil kajian terhadap orang-orang yang telah berjaya bidang yang mereka ceburi..

Hasil kajian membuktikan bahawa seseorang itu boleh berjaya tak kira dalam apa bidang sekali pun sekiranya dia master atau pakar dalam bidang yang diceburi. Kita dapat lihat bagaimana Bill Gates yang master atau pakar dalam bidang software, Tiger Wood dalam sukan golf dan banyak lagi contoh yang kita lihat.

Untuk membolehkan seseorang itu master dalam sesuatu bidang,  perkara utama yang perlu dilakukan adalah practice atau training atau latihan. Menurut Helmi Hakim seseorang itu perlu practice sebanyak 10,000 jam  untuk menjadi sebagai master atau pakar dalam sesuatu bidang.

Sekiranya kita melakukan praktis selama 10 jam sehari,  setiap hari, bermakna kita hanya memerlukan masa 2 tahun 10 bulan sahaja untuk layak digelar master. Kalau sudah master atau pakar dalam sesuatu bidang maka hasil, ganjaran atau pulangan nya amat lumayan.

Bila sudah jadi master atau pakar, segala bentuk ganjaran dengan mudah boleh diperolehi. Ada yang menggunakan kepakaran yang  dimiliki dengan mengusahakan perniagaan, menjadi konsultan atau hanya menjadi jurucakap saja dan mendapat bayaran yang tinggi.

Sebenarnya saya tertarik dengan angka 10,000 jam yang diperlukan untuk praktis bagi menjadi master. Saya ingin relate kan kaitkan angka 10,000 tadi dalam perniagaan. Bolehkah kita tetapkan begini...untuk jadi JUTAWAN kita hanya perlukan 10,000 transaction atau urusniaga pada kadar keuntungan bersih RM100 untuk setiap urusniaga.   Bolehkah seseorang itu jadi jutawan kalau kadar keuntungan barang yang dijual RM1 untuk satu transaksi.

Contoh yang senang kita lihat ialah perniagaan biasa bukan online , jual nasi lemak. Andaikan nasi lemak dijual sebanyak 100 bungkus sehari dengan untung bersih RM 1 sebungkus. Sebulan dapat jual 2,600 bungkus setelah ditolak hari minggu bermakna dalam setahun ia mendapat keuntungan sebanyak RM31,200.

Untuk jadi jutawan ia memerlukan masa selama 32 tahun dengan syarat wang tersebut tersebut disimpan dan tidak digunakan. Sekiranya wang tersebut dilaburkan dimana2 agensi pelaburan jangkamasa ia mencapai jutawan menjadi lebih singkat.

Berdasarkan perkiraan tersebut, penjual nasi lemak pun boleh menjadi jutawan dengan syarat jualannya mencapai 100 bungkus sehari dan beliau mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain untuk menyara keperluan harian.

Bagaimana pula kalau perniagaan itu dijalan secara online yang mempunyai ruang pasaran yang cukup besar. Adalah senang untuk mencapai angka 10,000 sekiranya produk yang ditawarkan itu mempunyai permintaan yang tinggi.

Oleh kerana itulah jutawan internet Irfan Khairi hanya mengambil masa 3 tahun sahaja untuk menjadi jutawan. Keuntungan sebanyak USD 25 untuk 1 peta map yang terjual diinternet dan hasil dari design cover buku telah  menjadi beliau seorang jutawan.

Selain dari Irfan Khairi terdapat ramai lagi usahawan yang telah menjadi jutawan hasil dari perniagaan melalui internet.

1 comments:

nuranuraniku.blogspot.com said...

salam sobat
hebat ya,,jadi jutawan
kita bisa mencontohnya,,
happy new year.