08 December 2009

amal yang berpanjangan pahalanya

Anas r.a berkata : "Ada 7 pahala yang tetap diterima oleh seseorang itu apabila ia mati kelak, iaitu;
    Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat ibadah.
    Orang yang mengalirkan air sungai selagi orang tetap menggunakannya.
    Orang yang menulis mushaf selagi masih ada orang yang membacanya.
    Orang yang mengali perigi selagi ada orang yang mendapat menafaatnya.
    Orang yang menanam pokok buah-buahan selagi ada yang memakan buahnya samada manusia atau binatang.
    Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.
    Orang yang meninggalkan anak yang soleh dan anak itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya.
Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah S.A.W telah bersabda : " Apabila telah mati anak Adam itu maka terhentilah amalnya malainkan tiga perkara ;
    Sedekah amal jariah
    Ilmu yang berguna dan diamalkan.
    Anak yang soleh
P/S: Sebagai insan biasa kita masih mampu untuk melaksanakan sebahagian kalau tidak semua amal tersebut. Semoga kita sama2 berusaha untuk melaksanakan amal yang memberi ganjaran pahala yang berterusan.

0 comments: