22 April 2010

earth day



Hari ini tanggal 22 April telah diistiharkan hari bumi sedunia. Hari bumi diasaskan oleh Gaylord Nelson dari U.S pada 22 April 1970.

Hari Bumi secara rasmi disambut peringkat antarabangsa 20 tahun kemudian iaitu pada tanggal 22 April 1990. Pada tarikh itu seramai 200 juta orang dari 144 buah negara meraikannya.

Matlamat utama Hari Bumi adalah untuk menyedarkan penduduk bumi untuk sama-sama menjaga dan memelihara bumi atau meyelamatkan bumi dari kepanasan global.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyelamatkan bumi dari kepanasan global di antaranya;

  • Kurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.


  • Menanam pokok kerana pokok boleh mengurangkan kandungan karbon dioksida secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan rumah hijau.


  • Program kitar semula dapat membantu menjaga kebersihan alam sekitar.


  • Sempena menyambut Hari Bumi, Malaysia telah melancarkan kempen menanam 26 juta pokok menjelang 2014. Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dauglas Ungah di Putrajaya. 26 juta pokok mewakili 26 juta penduduk Malaysia.

    GREEN THE EARTH, ONE CITIZEN, ONE TREE



    Bookmark and Share

    3 comments:

    tunbegia said...

    cucuk tanam kat FB pun malas, ;-P

    salamm,

    Aida Ali said...

    Salam. Sekolah saya pun ada buat sambutan Hari Bumi kecil-kecilan. Moga dapat menyemai sikap sayangkan bumi di kalangan warga sekolah.

    familyria92 said...

    bagus tu cik gu, teruskan kempen sayangi bumi kita...