FOMCA - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, telah melancarkan kempen minggu tak menonton TV bermula pada 21 April hingga 27 April 2010.
Tujuan kempen ini bukanlah untuk memboikot TV tetapi lebih kepada kempen untuk mengurangkan masa menonton TV terutama kanak-kanak.
Mengikut kajian secara purata kanak-kanak menggunakan masa antara 3 hingga 5 jam sehari menonton tv atau menggunakan peralatan berskrin termasuk mengguna komputer dan handphone. Ia akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak tersebut.
Menghabiskan masa dengan menonton TV membawa kepada gaya hidup yang tidak sihat. Kanak-kanak akan menjadi tidak aktif kerana tidak melakukan aktiviti berbentuk fizikal.
Kesan dari gaya hidup sedemikian kanak-kanak akan menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti, hipertensi dan diabetes.
Sekiranya kita ingin menyertai kempen tersebut terpaksalah lupakan sementara mega movie atau drama bersiri dan rancanglah program yang melibatkan aktiviti berbentuk fizikal bersama anak-anak atau keluarga.
TUTUP TV HIDUPKAN KEKELUARGAAN....
1 comments:
menonton tv? memang melekakan
anak anak sya hanya boleh menonton tv dari petang jumaat, sehingga pagi ahad.
Post a Comment