19 April 2010

mpv hangus

Melihat kepada gambar kereta terbakar dalam keratan akhbar dalam entri dibawah teringat kami akan peristiwa Nazaria yang hangus di tempat parking di sebuah resort di PD.

Kejadian itu berlaku pada penghujung tahun lepas semasa kami adakan family gathering di situ.

Pemilik mpv tersebut dalam perjalan pulang ke resort itu setelah keluar membeli makanan. Tiga anaknya ada bersama dalam mpv tersebut.

Menurut pemilik kenderaan itu, beliau hanya menyedari keretanya terbakar apabila asap dan api keluar melalui saluran air-cond di dashboard. Beliau segera mengeluarkan anak2nya yang sedang tidur dalam mpv itu dan meminta pertolongan.

Malangnya di resort tersebut tidak ada pemadam api atau fire extinguisher dan kebakaran itu berlaku hanya beberapa meter dari pili bomba - lihat gambar di atas.

Pili bomba tidak dapat digunakan kerana  tidak ada fire hydrant hose. Pihak pengurusan resort tersebut telah mengabaikan aspek keselamatan kerana tidak menyediakan peralatan untuk memadam  kebakaran.

Pemilik MPV itu yang berasal dari Melaka itu sedih kerana kenderaannya hangus dijilat api di depan mata.






Apa akan jadi sekiranya semasa kebakaran itu lock system kenderaan itu jam dan pintu tak dapat dibuka.?


1 comments:

kasihibu said...

sya sangat sedih dan mungkin sedikit truma kejadian kenderaan yang terbakar, kerana awal tahun lepas sya kehilangan kawan yang kemalangan kereta terbakar hangus bersama anak lelaki sulungnya
sangat sedih.. :(