Sepanjang tahun 2009 lebih kurang 24 juta pelancong asing telah datang ke Malaysia. Ini merangkumi pelancong dari beberapa negara di seluruk pelusok dunia. Kemasukan pelancong ke negara kita selalunya bermusim dan ia banyak bergantung kepada cuaca atau musim di tempat mereka.
Kebanyakkan pelancong dari negara Eropah datang melancong ke Malaysia ketika negara mereka mengalami musim sejuk.
Malaysia adalah negara yang beriklim tropika yang mendapat pancaran cahaya matahari sepanjang tahun dengan suhu di antara 21 C hingga 32 C.
Suasana begini amat digemari oleh pelancong asing terutama dari Eropah.
Malaysia berada di tangga ke 10 di dunia bagi destinasi utama untuk dilawati seperti yang dilaporkan dalam Lonely Planet.
Salah satu faktor tarik pelancong asing datang ke Malaysia adalah pantainya yang indah terutama di negeri pantai timur semenanjung Malaysia.
Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Tioman dan Pulau Redang adalah tempat peranginan yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.
Sektor pelancongan telah memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara.
Untuk meningkatkan bilangan pelancong datang ke Malaysia seterusnya menambah hasil pendapatan negara, kerajaan telah memperuntukkan RM899 juta melalui bajet 2010 untuk tujuan promosi dan pelbagai program bagi memajukan sektor pelancongan.
p/s : Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan hanya membenarkan hanya hotel bertaraf 5 bintang dibina di Pulau Redang yang kadar sewanya tidak kurang dari RM1,600.00. Ini bermakna Pulau Redang telah dikhaskan kepada golongan kaya dan rakyat biasa tidak lagi berpeluang untuk pergi menikmati keindahan Pulau Redang. Bagaimana pula chalet yang diusahakan oleh rakyat tempatan???. Baca di sini....
1 comments:
Pantai yang cantik tapi sayang andai masyarakat tidak menghargainya... buang sampah merata2.. buat perkara yg tak senonoh di pesisir pantai..
Mudah2an keindahan pantai milik Malaysia terus terpelihara..
Post a Comment