29 April 2010

home deco 2010


Pameran Dekorasi Rumah 2010 atau Home Decoration Exhibition 2010 telah bermula hari ini sehingga 2 May 2010 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre- KLCC

Sekiranya bercadang untuk berpindah ke rumah baru atau nak ubahsuai rumah atau nak tukar hiasan dalaman rumah eloklah berkunjung ke pameran ini.

Selain dari produk baru yang dipamerkan mereka juga menyediakan khidmat nasihat , memberi tip dan idea tentang rekabentuk terkini untuk renovation, redecoration atau refurbishment rumah.

Pameran seumpama ini juga akan diadakan di PERSADA International Convention Centre, Johor pada 6 - 8 Ogos 2010.









22 April 2010

earth day



Hari ini tanggal 22 April telah diistiharkan hari bumi sedunia. Hari bumi diasaskan oleh Gaylord Nelson dari U.S pada 22 April 1970.

Hari Bumi secara rasmi disambut peringkat antarabangsa 20 tahun kemudian iaitu pada tanggal 22 April 1990. Pada tarikh itu seramai 200 juta orang dari 144 buah negara meraikannya.

Matlamat utama Hari Bumi adalah untuk menyedarkan penduduk bumi untuk sama-sama menjaga dan memelihara bumi atau meyelamatkan bumi dari kepanasan global.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyelamatkan bumi dari kepanasan global di antaranya;

  • Kurangkan pencemaran alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.


  • Menanam pokok kerana pokok boleh mengurangkan kandungan karbon dioksida secara tidak langsung dapat mengurangkan kesan rumah hijau.


  • Program kitar semula dapat membantu menjaga kebersihan alam sekitar.


  • Sempena menyambut Hari Bumi, Malaysia telah melancarkan kempen menanam 26 juta pokok menjelang 2014. Kempen ini telah dilancarkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dauglas Ungah di Putrajaya. 26 juta pokok mewakili 26 juta penduduk Malaysia.

    GREEN THE EARTH, ONE CITIZEN, ONE TREE



    Bookmark and Share

    19 April 2010

    mpv hangus

    Melihat kepada gambar kereta terbakar dalam keratan akhbar dalam entri dibawah teringat kami akan peristiwa Nazaria yang hangus di tempat parking di sebuah resort di PD.

    Kejadian itu berlaku pada penghujung tahun lepas semasa kami adakan family gathering di situ.

    Pemilik mpv tersebut dalam perjalan pulang ke resort itu setelah keluar membeli makanan. Tiga anaknya ada bersama dalam mpv tersebut.

    Menurut pemilik kenderaan itu, beliau hanya menyedari keretanya terbakar apabila asap dan api keluar melalui saluran air-cond di dashboard. Beliau segera mengeluarkan anak2nya yang sedang tidur dalam mpv itu dan meminta pertolongan.

    Malangnya di resort tersebut tidak ada pemadam api atau fire extinguisher dan kebakaran itu berlaku hanya beberapa meter dari pili bomba - lihat gambar di atas.

    Pili bomba tidak dapat digunakan kerana  tidak ada fire hydrant hose. Pihak pengurusan resort tersebut telah mengabaikan aspek keselamatan kerana tidak menyediakan peralatan untuk memadam  kebakaran.

    Pemilik MPV itu yang berasal dari Melaka itu sedih kerana kenderaannya hangus dijilat api di depan mata.






    Apa akan jadi sekiranya semasa kebakaran itu lock system kenderaan itu jam dan pintu tak dapat dibuka.?


    18 April 2010

    Achik Spin

    Penyanyi terkenal dari Kumpulan Spin, Achik telah meninggal dunia akibat kemalangan yang berlaku di KM14.7 lebuhraya LEKAS pada pukul 6 petang  semalam.

    Bagaimana pun rakan karibnya terselamat dalam kemalangan tersebut. 

    Kemalangan terjadi semasa Allahyarham dalam perjalan pulang ke Seremban setelah selesai program siaran langsung Hits 1 di RTM.

    Mengikut laporan akhbar, kenderaan MPV yang di pandu Allahyarham terbabas dan melanggar tiang papan tanda lebuhraya dan terbakar. 

    Pulangnya Achik ke Rahmatullah mengingatkan kembali kami kepada kematian penyanyi utama kumpulan Spoon tak lama dulu.

    16 April 2010

    kempen minggu tak menonton TV

    FOMCA - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, telah melancarkan kempen minggu tak menonton TV bermula pada 21 April  hingga 27 April 2010.

    Tujuan kempen ini bukanlah untuk memboikot TV tetapi lebih kepada kempen untuk mengurangkan masa menonton TV terutama kanak-kanak.

    Kempen ini juga bermatlamat untuk mewujudkan hubungan yang erat dalam keluarga

    Mengikut kajian secara purata kanak-kanak menggunakan masa antara 3 hingga 5 jam sehari menonton tv atau menggunakan peralatan berskrin termasuk  mengguna komputer dan handphone. Ia akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak tersebut.

    Menghabiskan masa dengan menonton TV membawa kepada gaya hidup yang tidak sihat. Kanak-kanak akan menjadi tidak aktif kerana tidak melakukan aktiviti berbentuk fizikal.

    Kesan dari gaya hidup sedemikian kanak-kanak akan menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obesiti, hipertensi dan diabetes.

    Sekiranya kita ingin menyertai kempen tersebut terpaksalah lupakan sementara mega movie atau drama bersiri dan rancanglah program yang melibatkan aktiviti berbentuk fizikal bersama anak-anak atau keluarga.

    TUTUP TV HIDUPKAN KEKELUARGAAN....

    12 April 2010

    menyamar Tuan Muda Pahang

    Sekali lagi kita digemparkan dengan berita seorang remaja belasan tahun menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang.

    Remaja pintar yang memperolehi 9A 1B dalam SPM - kesahihan keputusannya diragui   telah berjaya memperdaya Ketua Pengarah JLKN dan Exco Kerajaan Pahang.

    Kes seumpama ini sering terjadi di negara kita. Dan yang lucunya dan aneh remaja pintar  itu berjaya menipu pihak berkuasa terutama pihak keselamatan hanya dengan menggunakan logo istana.

    Untuk tahu lebih lanjut tentang kisah penyamaran ini  boleh baca Utusan Malaysia dan Berita Harian.

    p/s : Selalunya kes penipuan melalui penyamaran terjadi pada makcik2 di kampung. Pihak berkuasa pon tak terkecuali......

    09 April 2010

    tarik pelancong asing



    Sepanjang tahun 2009 lebih kurang 24 juta pelancong asing telah datang ke Malaysia. Ini merangkumi pelancong dari beberapa negara di seluruk pelusok dunia.  Kemasukan pelancong ke negara kita selalunya bermusim dan ia banyak bergantung kepada cuaca atau musim di tempat mereka.







    Kebanyakkan pelancong dari negara Eropah datang melancong ke Malaysia ketika negara mereka mengalami musim sejuk.

    Malaysia adalah negara yang beriklim tropika yang mendapat pancaran cahaya matahari sepanjang tahun dengan suhu di antara 21 C hingga 32 C.

    Suasana begini amat digemari oleh pelancong asing terutama dari Eropah.







    Malaysia berada di tangga ke 10 di dunia bagi destinasi utama untuk dilawati  seperti yang dilaporkan dalam Lonely Planet.










    Salah satu faktor tarik pelancong asing datang ke Malaysia adalah pantainya yang indah terutama di negeri pantai timur semenanjung Malaysia.


    Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Pulau Tioman dan Pulau Redang adalah tempat peranginan yang sering menjadi tumpuan pelancong asing. 






    Sektor pelancongan telah memberi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara.


    Untuk meningkatkan bilangan pelancong datang ke Malaysia seterusnya menambah hasil pendapatan negara, kerajaan telah memperuntukkan RM899 juta melalui bajet 2010 untuk tujuan promosi dan pelbagai program  bagi  memajukan sektor pelancongan.






    p/s : Kerajaan negeri Terengganu dilaporkan hanya membenarkan  hanya hotel bertaraf 5 bintang dibina di Pulau Redang yang kadar sewanya tidak kurang dari RM1,600.00. Ini bermakna Pulau Redang telah dikhaskan kepada golongan kaya dan rakyat biasa tidak lagi berpeluang untuk pergi menikmati keindahan Pulau Redang. Bagaimana pula chalet yang diusahakan oleh rakyat tempatan???. Baca di sini....



    03 April 2010

    ciri-ciri orang berjaya

    Ini adalah lima ciri persamaan setiap orang yang sukses atau berjaya.
    1. Mereka memiliki impian.
    2. Mereka punya perancangan.
    3. Mereka memiliki pengetahuan khusus atau latihan.
    4. Mereka bekerja keras.
    5. Mereka tidak menerima jawapan tidak.


    Berikut ini adalah karakteristik yang dimiliki oleh orang-orang sukses:
    • Orang-orang sukses memiliki sebuah impian. Mereka memiliki tujuan yang jelas. Mereka pasti arah tujuan. Mereka tahu apa yang mereka inginkan. Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh fikiran dan pendapat orang lain. Mereka memiliki kekuatan pemikiran. Mereka memiliki idea-idea. Keinginan kuat mereka membuahkan hasil.
    • Mereka melakukan hal-hal yang orang lain katakan tidak boleh dilakukan.
    • Orang-orang sukses mempunyai cita-cita. Mereka ingin mencapai sesuatu. Mereka memiliki antusiasme dan komitmen. Mereka memiliki disiplin diri. Mereka sentiasa bekerja keras. Mereka memiliki hasrat yang membara untuk berjaya. Mereka bersedia melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
    • Orang-orang sukses sangat bermotivasi untuk menuju kearah kejayaan. Mereka hanya akan merasa puas bila dapat menyelesaikan tugas.
    • Orang-orang sukses selalunya fokus. Mereka menumpukan pada tujuan utama mereka. Mereka tidak menunda-nunda. Mereka bekerja pada projek-projek yang penting dan mereka produktif.
    • Orang-orang sukses mencari penyelesaian untuk masalah. Mereka menggunakan kemahiran mereka, bakat, tenaga dan pengetahuan semaksimal mungkin. Mereka melakukan hal-hal yang perlu dilakukan, tidak hanya hal-hal yang mereka ingin lakukan. Mereka bersedia bekerja keras dan komited.
    • Orang-orang sukses bertanggungjawab atas tindakan mereka. Mereka tidak mencari-cari alasan. Mereka tidak menyalahkan orang lain. Mereka tidak mengeluh.
    • Orang-orang sukses membuat keputusan yang tepat. Mereka berfikir tentang isu-isu dan fakta yang relevan, memberikan mereka cukup  pertimbangan untuk membuat keputusan.
    • Orang-orang sukses memiliki keberanian untuk mengakui kesilapan. Bila membuat kesalahan, mengakuinya dan memperbaikinya dan terus maju.
    • Orang-orang sukses adalah self-reliant. Mereka memiliki kemampuan, bakat dan latihan yang diperlukan untuk menjadi sukses.
    • Orang-orang sukses memiliki knowledge tertentu. Mereka mengetahui perkara-perkara yang perlu mereka ketahui untuk menjadi sukses.
    • Orang-orang sukses adalah enthusiastic. Mereka sangat gembira dengan apa yang mereka lakukan. Ramai orang menyukai mereka dan ingin bekerjasama dengan mereka.

    wajah misteri di masjid kristal?


    Masjid Kristal Kuala Terengganu adalah salah satu masjid yang tercantik di Terengganu dan mungkin yang termahal kos pembinaannya. Di bina di Pulau Wan Man dan bertentangan dengan Jambatan Sultan Mahmd yang menghubungkan bandar Kuala Terengganu dengan perkampungan di Seberang Takir.

    Pemandangan di sekitar masjid kristal sangat cantik kerana ia dibina ditepi muara sungai Terengganu dan berada dalam Taman Tamadun Islam.


    Info berkenaan masjid kristal;



    Masjid kristal dulunya heboh diperkatakan kerana kononnya ada wajah misteri sepertimana terdapat dalam rakaman video di YouTube. 

    Kami  juga sempat merakamkan video semasa singgah di Masjid Kristal ketika dalam perjalanan pulang ke KL dari Kota  Bharu baru-baru ini.



    Perhatikan gambar ini yang kami  ambil dari video klip di atas.




    Apa komen anda?