Tarikan utama Venice adalah kerana keindahan tempat atau bangunan lama yang terbina disepanjang tebing sungai atau terusan yang bersambung ke lautan Mediterranaen..
Salah satu tempat se akan Venice yang terdapat di negara kita ialah di Sungai Melaka.
Mengikut sejarah Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1402 hingga 1511, Sungai Melaka merupakan laluan penting terutama kepada pedagang-pedagang dari India dan China yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Ia juga terkenal sebagai sebuah pelabuhan dan tempat persinggahan kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka.
Kini Sungai Melaka telah menjadi salah satu destinasi pelancungan utama di Melaka di mana disepanjang sungai ini terdapat bangunan lama yang telah menjadi warisan sejarah.
1 comments:
Salam
Rindu gak lama tak g Melaka..
Post a Comment