05 November 2009

kelas belajar berenang



Tragedi mati lemas samada berlaku di tempat perkelahan di sungai, di laut, di swimming pool kat hotel, di lombong , di tasik atau di mana2 saja tempat takungan air sering kita dengar dan terpampang di dada akhbar.

Tragedi terbaru adalah di air terjun Batu Berangkai di mana 3 pelajar UTAR maut di bawa arus deras.

Tidak lama lagi musim tengkujuh akan melanda terutama negeri di pantai timur. Setiap tahun bila tiba musim tengkujuh sering kita dengar berita mengenai korban banjir.

Bolehkan kita elakkan tragedi sebegini berlaku?



Sebab utama berlakunya korban atau mati lemas kerana mangsa tenggelam dalam air atau lebih tepat lagi mangsa tidak tahu berenang.

Hantarlah anak2 kita mengikuti kelas berenang. Sekurang2nya mereka ada asas untuk menyelamatkan diri bila berlaku tragedi seumpama itu walau pun kita tahu ajal dan maut di tangan Tuhan.

PS : Sapa2 yang menguruskan kelas belajar berenang bolehlah tampal iklan kerana cuti sekolah akan bermula tak lama lagi.

0 comments: