11 November 2009

anak pintar

Dikurniakan anak yang genius atau pintar atau bijak adalah menjadi kebanggaan kepada ibu bapa.  Setiap pasangan hidup yang sedang menunggu kelahiran pertama ,sentiasa mengharapkan agar zuriat mereka nanti akan menjadi kanak2 yang cerdas atau pintar.

Ada dikalangan ibu  yang mengamalkan tip2 tertentu semasa bayi dalam kandungan lagi agar apabila lahir nanti anak mereka menjadi anak yang genius. Di antara amalan2 yang dilakukan oleh ibu semasa bayi dalam kandungan seperti sentiasa membaca Quran, menyelesaikan masalah matematik dan mengambil makanan atau diet tertentu.

Di Malaysia, anak yang genius yang selalu mendapat perhatian adalah Adi Putra. Berusia 10 tahun, sepatutnya menduduki tahun 4 di sekolah tetapi telah berhenti sekolah. Malah beliau boleh memasuki universiti walau pun tidak meneruskan persekolahan beliau.

Mengikut berita yang ditulis dalam akhbar the star, beliau sekarang adalah CEO kepada 2 syarikat dan seorang lecturer yang dibayar RM6,000.00 sejam.


0 comments: