Kepentingan Puasa dari aspek kesihatan
Lumrahnya kita kurang faham tentang tatacara puasa yang boleh mendatangkan faedah kepada kesihatan kerana terlalu biasa dengan cara tertentu yang menjadi budaya masyarakat. Amalan puasa yang diwarisi sejak turun-temurun ini bukan sahaja tidak memenuhi kaifiat puasa,malah ianya akan mengurangkan pahala puasa dan boleh mendatangkan mudharat kepada orang yang berbuat demikian.
Umumnya dalam keadaan tidak berpuasa, banyak tenaga digunakan untuk proses penghadaman makanan. Pada masa yang sama, proses metabolisma dalam sel-sel sentiasa berjalan selagi kita makan dan minum. Sel-sel badan ini berfungsi memproses bahan makanan untuk digunakan oleh sel dan badan.
Pada kebiasaannya, pergerakan zat makanan (dan toksin) adalah kearah lemak dan daging. Oleh itu, makanan yang diambil dengan kuantiti yang melebihi keperluan badan akan menyebabkan terkumpulnya bahan-bahan simpanan yang disimpan sebagai lemak.
Di samping itu, jika fungsi perkumuhan bahan buangan kurang efisyen, maka toksin yang wujud pun akan tersimpan didalam lemak. Oleh itu sewaktu kita tidak benpuasa (dan tidak pula melakukan senaman), proses pembakaran lemak akan menjadi tidak efisyen. Maka secara tidak langsung proses pembuangan toksin juga turut akan tergendala. Ini adalah kerana lemak dalam badan hanya menjadi tenaga yang tersimpan dan hanya akan digunakan jika bahan bakar biasa yang terhasil dari karbohidrat tidak mencukupi.
Berlainan pula semasa berpuasa, aktiviti memproses makanan akan berkurangan (atau berhenti bagi tempoh waktu yang telah ditetapkan ) tetapi proses perkumuhan atau pembuangan masih tetap berjalan. Oleh kerana sel badan dapat memberi tumpuan kepada proses pembuangan bahan buangan dan toksin, proses ini dapat berjalan dengan lebih efisyen. Dalam keadaan ini juga, badan kita akan mengalihkan sumber tenaga dari glukosa kepada lemak yang tersimpan. Pembakaran lemak ini akan mengeluarkan toksin dari sel dan seterusnya dapat dibuang keluar.
Bagi proses perkumuhan ini, hati dan buah pinggang memberi lebih tumpuan kepada pembuangan toksin dan bahan buangan lain kerana dapat berehat dari memproses bahan makanan. Pada masa yang sama, darah (bersama oksigen dan bahan buangan dari sel-sel) dapat mengalir ke otak dan organ-organ lain. Perlu dinyatakan bahawa proses pembuangan toksin dari badan yang berlaku semasa berpuasa tidak akan dapat dilakukan dengan baik jika seseorang itu mengalami sembelit (susah membuang air besar) Usus besar adalah organ utama badan. Organ perkumuhan lain adalah termasuk hati, ginjal, paru-paru dan kulit.
Jika seseorang itu mengalami kekurangan air di dalam badan, buah pinggang akan menjadi kurang efisyen. Oleh itu semasa berpuasa, usus besar dan buah pinggang harus dijaga dengan baik supaya berupaya menjalankan proses perkumuhan yang akan membersihkan badan dan memulihkan fungsi sel secara optima.
Proses pembuangan toksin dari dalam sel-sel badan terutama sel lemak akan menyebabkan penyaliran semula toksid ini ke saluran darah sebelum ia dapat keluar dari badan. Proses pengaliran toksin ini akan menimbulkan gejala-gejala yang sering berlaku pada awal puasa seperti
i. Sakit kepala , ini berlaku kerana toksin yang terkumpul dalam sel mengalir ke saluran darah sebelum ia dikeluarkan dari badan.
ii. Lenguh-lenguh badan
iii. Lidah berdaki dan mulut berbau
iv. Kencing pekat dan berbau
v. Ceret-beret
vi. Letih lesu . Keadana ini berlaku diawal puasa kerana badan kita tidak menggunakan tenaga yang tersimpan dalam badan dan masih mengharap tenaga daripada makanan luar. Maka gula didalam darah berada ditahap rendah dan badan terasa lemah longlai, walaupun pada hakikatnya tenaga tersimpan dalam bentuk lemak yang mencukupi untuk beberapa bulan tanpa makan.
Berpuasa yang tidak berkesan untuk kesihatan.
i. Makan terlalu banyak sama ada waktu sahur atau berbuka Puasa yang sihat Jika banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air minuman. Sediakan minuman dari bahan semulajadi serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan gula merah, madu lebah atau jus buah asli. Dalam hal ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur semasa berbuka. Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik. Ia juga adalah makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik dan logam-logam berat, racun serangga dan sebagainya. Kesimpulan Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith baginda yang maksudnya: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.(Ibn Majah).
ii. Memakan makanan yang pedas, berempah atau payah untuk dihadam
iii. Memakan terlalu banyak daging terutama mereka yang menghidap batu karang, gout, allergi (alahan)
iv. Kerap makan sepanjang malam
v. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
vi. Tidur selepas makan (perut kenyang)
vii. Minum terlalu banyak kopi atau teh
Jika kita masih meneruskan amalan diatas, kita bukan sahaja kurang mendapat manfaat puasa,malah kita akan merasa letih dan juga mungkin juga akan mengalami berbagai masalah kesihatan akibat daripada amalan tersebut. Malangnya masih ramai orang yang berpuasa dengan cara sedemikian. Dr. Alan Cott menyatakan dalam bukunya Fasting: The Ultimate Diet , Muslims fast religiously and unhealthily for a whole month. They eat and drink nothing during the day and gorge themselves at night.
Jangan makan terlalu banyak. Malah sewaktu berpuasa kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan mengawal kuantiti pengambilan makanan atau minuman agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana sama ada ketika berbuka atau makan sahur.
Kehausan dan kelaparan yang diakibatkan oleh puasa akan mengingatkan kita kepada fakir miskin yang sering merasa haus dan lapar sehingga akan timbul perasaan belas kasihan di samping meningkatkan kepekaan sosial individu untuk bergaul mesra dengan masyarakat melalui aktiviti solat terawih berjemaah, menghadiri majlis berbuka puasa dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment