Agak lama tidak mengunjungi Plaza Low Yat , komplek beli belah untuk barangan IT yang tersohor itu. Suasana di plaza itu tadi masih seperti dulu, sibuk dan terlalu ramai manusia. Mungkin juga kerana hari ini hari minggu, ramai yang mengambil kesempatan untuk shopping. Cuma apa yang berbeza dari dulu di plaza Low Yat sekarang sudah ramai warga asing yang menjadi juru jual.
Kalau di plaza Imbi yang bersebelahan dengan Low Yat, lebih dari 80% kedai yang menjual dan membaiki komputer telah kuasai oleh warga asing terutama dari Pakistan. Apakah nanti Plaza Low Yat juga akan menjadi seperti Plaza Imbi?
Tujuan kami ke Low Yat adalah untuk mencari pengganti TravelMate yang sudah menunjukkan tanda uzur. Skrinnya sudah timbul tompok hitam dan badannya juga cepat panas walaupun diletak cooling fan dibawahnya.
Satu demi satu kedai kami selusuri. Kebanyakkannya mempromosi model atau brand yang sama iaitu Acer, Toshiba, Sony, Samsung, Compaq, Dell dan beberapa brand yang tak famous. Harga yang ditawarkan ada sedikit perbezaan walau pun model dan brand yang sama dijual kerana perbezaan dari segi processor, kapasiti harddisk dan juga software. Kalau dulu laptop menggunakan processor Intel Core2 Duo tapi sekarang sudah ada Intel Core i3 , Intel Core i5 dan yang terbaru Intel Core i7.
Dan yang menariknya boleh dikatakan semua brand laptop disusun dimana LCD monitor atau skrinnya mengadap pembeli supaya pembeli senang untuk melihat spesifikasi dan harga laptop yang dipaparkan di skrin. Tetapi kedudukan sebaliknya bagi jenama Dell kerana mereka tidak mempamerkan skrin . Mereka mempamerkan warna laptop kerana mengikut mereka orang memilih jenama Dell kerana aneka warnanya.
4 comments:
kalau pegi Low Yat mmg pening kepala nak pilih laptop lastnya beli online jer brand Dell
Aslmkm.
Terima kasih kerana jd rakan di Maya.
Hmm .. pegi sana mmg jd kelabu mata! :)
Ada beberapa kali gi Low Yat.... fening and respect laa depa bisnes lap top, computer dll. Degung degang kalu test sound system depa..
wanna have one like that, but I can't afford :(
Post a Comment