Video di atas dirakam disungai atau tempat perkelahan di perkampungan yang terletak di banjaran Titiwangsa yang kenali dengan nama Kampung Janda Baik. Mengikut istilah biasa janda baik bermaksud perempuan atau isteri yang tidak bersuami samada telah bercerai atau telah kematian suami dan baik hati.
Mengikut cerita lagenda dulu kala, kampung ini diberi nama Janda Baik kerana ada seorang janda yang baik hati yang sering memberi pertolongan terutama mereka yang cedera dalam peperangan. Di zaman dahulu orang Pahang selalu berperang dengan orang Selangor. Sekembalinya mereka dari berperang di Selangor mereka akan singgah di kampung ini untuk berehat dan sekiranya ada di antara mereka yang cedera, maka janda yang baik itu tadi sedia memberi rawatan. Dengan sebab itulah kampung itu terkenal dengan panggilan kampung Janda Baik.
Kini Kampung Janda Baik telah menjadi salah satu tempat perkelahan yang dikunjungi oleh orang ramai terutama dihujung minggu. Suasana perkampungan yang dingin dan damai, dikelilingi hutan dara dan terdapat sebatang anak sungai yang menyusuri perkampungan ini.
Di sepanjang anak sungai ini terdapat beberapa resort dan chalet yang menyediakan kemudahan untuk menginap atau bermalam.
Perjalanan ke kampung Janda Baik mengambila masa lebih kurang 45 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya Karak. Selepas melalui terowong Genting Sempah ( dari KL) kita perlu membuat pusingan U menuju ke Petronas atau Mc Donald di R & R Genting Sempah dan mengambil simpang ke kiri. Dan ikutilah papan tanda menuju ke Janda Baik.
Sepanjang jalan menuju kampung Janda Baik kita akan dapat melihat banglo penginapan atau resort yang di kelilingi dusun buah-buahan. Bila musim buah tiba, Janda Baik menjadi tumpuan kerana keistimewaan buah duriannya manis dan sedap yang juga di kenali durian janda baik.
Kebanyakkan rumah penginapan disini dimiliki oleh ahli perniagaan atau tokoh politik dari Kuala Lumpur. Di sini juga terletak teratak yang di diami oleh Pak Habib seorang penulis terkenal di Malaysia.
Sekiranya ada kelapangan bawalah keluarga berkunjung ke kampung Janda Baik , berkelah atau mandi manda di sungai sambil menikmati suasana kampung yang tenang dan damai.
Cuti-cuti 1Malaysia.
0 comments:
Post a Comment