15 June 2009

self esteem


Dari segi perwatakan Amir lebih berani dan berkeyakinan. Selalunya bila ada binatang atau haiwan kecil memasuki halaman rumah beliaulah yang akan menghalau binatang itu keluar. Tetapi semasa berada di zoo baru-baru ini hanya Aiman yang berani memegang se ekor ular sawa.

Pernah membaca buku bagaimana untuk membina keyakinan diri anak.
Di antara saranan dalam buku tersebut yang boleh diambil untuk meningkatkan keyakinan diri anak anak kita;

1. Beri peluang anak-anak untuk membuat pilihan sendiri. Umpama kalau kita pergi shopping pakaian. biar mereka yang pilih pakaian yang hendak dibeli dan kalau kita rasa pakaian itu tidak sesuai terangkan mengapa.

2. Cuba ubah rutin harian supaya mereka dapat hadapi perubahan tersebut. Selalunya kita hantar anak ke sekolah atau ke rumah baby sitter, sekali sekala suruh ahli keluarga kita yang hantar agar anak kita dapat menerima atau menyesuaikan diri apabila berlaku sesuatu perubahan dalam rutin hariannya.

3. Beri penghargaan terhadap pencapaian atau kejayaan anak. Kalau anak kita bawa balik lukisan yang dia buat kat sekolah yang cikgu dia bagi lima bintang, belikan frame dan gantung kat dinding tentu dia rasa bangga.

4. Jangan rancang anak kita untuk gagal. Contohnya menghantar anak ke kelas muzik sedangkan dia lebih minat melukis.

5. Beri peluang anak kita bagi pendapat atau cadangan.

6. Elakkan membuat perbandingan dengan adik beradik atau kawan kawan mereka tetapi bandingkan dengan pencapaiannya sebelum ini. “ Dulu Ammar tak boleh duduk atas kerusi ini, sekarang dah boleh duduk , dah boleh makan kat meja makan , Ammar dah besar ya ..!”

0 comments: