20 June 2009

sejarah pasir salak

Semasa cuti sekolah baru-baru ni kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri majlis persandingan keluarga kenalan dari Merlimau, Melaka bertandang ke Kampung Chenderong Balai , Teluk Intan Perak.




Jalan ke Kampung Chenderong Balai adalah merupakan salah satu jalan untuk ke jeti Lumut. Oleh kerana tempat majlis persandingan tidak jauh dari Lumut kami sekeluarga sepakat untuk pergi bercuti di Pulau Pangkok selepas majlis kenduri tersebut. Kami menempah 2 unit chalet di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.


Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lebuhraya Plus penuh sesak kerana hari itu merupakan minggu pertama cuti sekolah dan sukar untuk parking di hentian Tapah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk cuti balik kampung atau pergi melancung.


Kami sampai ke Kampung Chenderong Balai lebih kurang pukul 11 pagi sedangkan majlis bermula pukul 12.30 tengah hari. Kami terpaksa tunggu 1 jam setengah lagi sebelum dapat makan tengah hari.

Sebelum sampai ke tempat kenduri kami terpandang signboard menunjuk arah ke komplek sejarah Pasir Salak. Sementara menunggu kompang bergema menandakan majlis bermula kami sekeluarga menuju ke komplek sejarah Pasir Salak.

Komplek Sejarah Pasir Salak dibina pada tahun 1990 untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan bahan bahan bersejarah khususnya bagi negeri Perak. Komplek ini dibina di Pasir Salak kerana disinilah bermulanya kebangkitan orang Melayu menentang penjajah British. Di komplek ini terdapat bahan sejarah seperti rumah Dato' Maharaja Lela, rumah Kutai I, Pentas Belotah, Perahu Naga, Terowong Sejarah, Tugu Peringatan Birch dan banyak lagi peninggalan sejarah.

Di sini juga terdapat balai pameran senjata lama, alat alat pengangkutan, perabot rumah dan pakaian. Dan ini merupakan kali pertama kami sekeluarga sampai ke Pasir Salak tempat di mana J.W.W Birch mati dibunuh.

0 comments: