05 December 2009

life adalah sos cili

Life

  • Abraham Lincoln:
  •     And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.
  • Alan Bennett:
  •     Life is rather like a tin of sardines - we're all of us looking for the key.
  • Albert Einstein:
  •     Only a life lived for others is a life worthwhile.
  • Anais Nin:
  •     The personal life deeply lived always expands into truths beyond itself.
  • Anne Wilson Schaef:
  •     Life is a process. We are a process. The universe is a process.
  • Annie Dillard:
  •     How we spend our days is, of course, how we spend our lives.
  • Arthur Rubinstein:
  •     Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.
  • Barbara De Angelis:
  •     They're basically moments in which you're in touch with the meaning of life, when your relationship to the rest of the universe makes sense.
  • Baruch Spinoza:
  •     What everyone wants from life is continuous and genuine happiness.
  • Ben Jonson:
  •     A good life is a main argument.
  • Benjamin Disraeli:
  •     Read no history: nothing but biography, for that is life without theory.
  • Bernice Johnson Reagon:
  •     Life's challenges are not supposed to paralyze you, they're supposed to help you discover who you are.
  • Bertrand Russell:
  •     The good life is inspired by love and guided by knowledge.
  • Carl Sandburg:
  •     Our lives are like a candle in the wind.
  • Gary Smalley:
  •     Life is relationships; the rest is just details.
  • John Dewey:
  •     Education is not preparation for life; education is life itself.
  • Katharine Hepburn:
  •     Without discipline, there's no life at all.
  • Ammar Haziq:
  •     Life is chili sauce brand. 

     

04 December 2009

apa dah jadi dengan syarikat telco ni...

Bengang 3X...apa dah jadi dengan syarikat telco nih...semenjak  2 menjak ni sms selalu lambat dapat. Jam 11 pagi tadi request TAC no dari bank nak buat online payment . Sampai sekarang tak dapat reply lagi. Reply dari bank - TAC REQUEST IS SUCCESSFUL  tapi TAC no tak dapat pun.. payment due date  esok....hyssss.

Lain kali kalau syarikat ada masalah, tak dapat bagi perkhidmatan terbaik untuk customer bagi aje notis begini;
HARAP MAAF, SYARIKAT KAMI MEMPUNYAI TERLALU RAMAI CUSTOMER, SILA TUNGGU..

03 December 2009

tiada lagi tempat berteduh....

Balik kampung tetapi menginap di hotel. Fenomena ini berlaku kerana apabila ibubapa sudah tiada, rumah peninggalan tidak didiami. Adik beradik semuanya dah berkeluarga dan mendiami rumah sendiri dan ada yang bermastautin di negeri lain.

Sudah tiada lagi tempat untuk bermalam apabila sesekali kembali ke tanah tempat kelahiran. Bukan tak mahu menumpang rumah saudara mara, sebenarnya saja tak mahu menyusahkan mereka.

Mungkin ramai yang mengalami suasana sebegini kerana setiap kali cuti raya tempat penginapan atau hotel fully booked.

25 November 2009

pulanglah

Kami sekeluarga akan pulang ke kampung sempena cuti raya korban. Setelah beberapa tahun tidak menjejak kaki di bumi tempat kelahiran hati terasa sayu. Teringat kenangan lalu. Dan pulang sebagai anak yatim piatu....................


selamat hari raya aidil adha...

24 November 2009

feri karam di Indonesia


Kejadian feri karam kerap berlaku di Indonesia dan yang terbaru berlaku di perairan Karimun , Sumatera.

Feri Dumai Express yang membawa 291 orang penumpang karam ketika dalam perjalanan dari Batam ke Dumai.

Muatan lebih, cuaca buruk, laut bergelora dan tidak peduli tentang aspek keselamatan merupakan faktor utama berlakunya tragedi seperti ini yang mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Pernah menaiki feri semasa menyeberangi tasik Toba iaitu dari Parapat ke Pulau Samosir di mana penumpang feri tidak disediakan jaket keselamatan. ...kalau karam cam ne.....

19 November 2009

keputusan upsr 2009

Keputusan peperiksaan UPSR 2009 telah diumumkan hari ini . Seperti yang dijangkakan anak kami, Eda memperolehi 5A , mengikuti jejak kakaknya Eqa. Tahniah Eda.....

Kami bersyukur kerana usaha gigih beliau, mengulangkaji pelajaran dan menghadiri tuisyen di waktu malam menghasilkan kejayaan.

Jutaan terima kasih kepada guru2 yang mengajar dan mendidik anak kami hingga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR.  Usaha gigih dan dedikasi guru2 SK Jln 3 berbaloi kerana seramai 126 pelajarnya mendapat keputusan 5A.

16 November 2009

tiara beach resort

Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan. Ini bermakna cuti sekolah akan bermula tak lama lagi. Adakah anda sudah merancang untuk membawa anak2 anda bercuti?

Apa kata kalau anda bercuti di Tiara Beach Resort - Port Dickson, Negeri Sembilan.




Tiara Beach Resort terletak kira2 60 minit perjalanan dari Kuala Lumpur atau 3 jam pejalanan dari Singapura atau lebih kurang 8 jam perjalanan dari Sungai Golok, Thailand.








Tiara Beach Resort adalah satu2nya water park di Port Dickson. Di sini terdapat kemudahan rekreasi, sukan air, sauna, gymnasium , kids club, bilik karaoke dan meeting room.

Tempat penginapannya agak selesa bagi yang berkeluarga besar kerana keluasan biliknya. Terdapat 340 unit Suites yang berkeluasan 650 sq ft dan 640 unit Studio suites yang luasnya 430 sq ft.

Terdapat restoran and cafe di dalam kawasan penginapan di antaranya Terrace Cafe terletak di Clubhouse, Bistro Cafe, Beachfront Cafe terletak di kawasan pantai, ice Cream Hub, D'Tiara Bakeri dan satu restoren Thai - Anna Thai.


Pengunjung Tiara Beach Resort juga  boleh menikmati suasana seperti berada di pantai dengan adanya Man-made Beach ,Sand Castling Area, Waterfall with slides dan  fountain. Selamat Bercuti.......

11 November 2009

anak pintar

Dikurniakan anak yang genius atau pintar atau bijak adalah menjadi kebanggaan kepada ibu bapa.  Setiap pasangan hidup yang sedang menunggu kelahiran pertama ,sentiasa mengharapkan agar zuriat mereka nanti akan menjadi kanak2 yang cerdas atau pintar.

Ada dikalangan ibu  yang mengamalkan tip2 tertentu semasa bayi dalam kandungan lagi agar apabila lahir nanti anak mereka menjadi anak yang genius. Di antara amalan2 yang dilakukan oleh ibu semasa bayi dalam kandungan seperti sentiasa membaca Quran, menyelesaikan masalah matematik dan mengambil makanan atau diet tertentu.

Di Malaysia, anak yang genius yang selalu mendapat perhatian adalah Adi Putra. Berusia 10 tahun, sepatutnya menduduki tahun 4 di sekolah tetapi telah berhenti sekolah. Malah beliau boleh memasuki universiti walau pun tidak meneruskan persekolahan beliau.

Mengikut berita yang ditulis dalam akhbar the star, beliau sekarang adalah CEO kepada 2 syarikat dan seorang lecturer yang dibayar RM6,000.00 sejam.


10 November 2009

haramkan penjualan air mineral

Mineral water atau air mineral atau air kosong yang dibotolkan adalah salah satu dari pelbagai air minuman yang terdapat di pasaran. Terdapat pelbagai jenama dalam pasaran dan ianya diperolehi dari pelbagai sumber samada melalui proses reverse osmosis, sumber mata air atau paip air dirumah.

Apa yang penting bagi pengguna ialah bagaimana air itu diproses dan sejauh mana tahap kebersihan air tersebut. Ada pengeluar air mineral mendakwa produk mereka berkhasiat kerana mengandungi kandungan bahan mineral yang tinggi. Bagaimana kita sebagai pengguna dapat menentukan kesahihannya.

Cadangan mengharamkan penjualan air mineral bukan kerana isu kebersihan atau kandungan mineral air tersebut. Sebab utama adalah kerana ia dibotolkan mengguna botol plastik.

Botol plastik yang digunakan boleh mengancam kesihatan kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam botol plastik boleh meresap dan larut dalam air terutama jika terdedah kepada cahaya matahari.

Di samping itu botol plastik ini mendatang kesan yang buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak sesuai untuk dikitar semula dan mencemarkan alam sekitar.

Banyak kajian telah dibuat dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP telah mendedahkan kesan  bahaya penggunaan botol plastik kepada kesihatan. Sama2lah kita menyokong gesaan untuk mengharamkan penjualan air mineral dalam botol plastik.

P/S : Jangan minum air mineral yang ditinggalkan dalam kenderaan.

05 November 2009

saiful apek wa caya lu...


On the way balik dari lunch hari ni buka la radio bernama 24.  Dengar la rancangan appointment Hot Seat kelolaan DJ Gerald Ratnam.

Rancangan ini di kelolakan dalam bahasa Inggeris dan tetamunya adalah apek. Saiful apek . Ramai pendengar termasuk pendengar bukan melayu yang telefon  memuji apek kerana speaking bercakap dan berceloteh dalam bahasa Inggeris dengan baik.....   wa caya luuuu.....