16 November 2009

tiara beach resort

Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan. Ini bermakna cuti sekolah akan bermula tak lama lagi. Adakah anda sudah merancang untuk membawa anak2 anda bercuti?

Apa kata kalau anda bercuti di Tiara Beach Resort - Port Dickson, Negeri Sembilan.




Tiara Beach Resort terletak kira2 60 minit perjalanan dari Kuala Lumpur atau 3 jam pejalanan dari Singapura atau lebih kurang 8 jam perjalanan dari Sungai Golok, Thailand.








Tiara Beach Resort adalah satu2nya water park di Port Dickson. Di sini terdapat kemudahan rekreasi, sukan air, sauna, gymnasium , kids club, bilik karaoke dan meeting room.

Tempat penginapannya agak selesa bagi yang berkeluarga besar kerana keluasan biliknya. Terdapat 340 unit Suites yang berkeluasan 650 sq ft dan 640 unit Studio suites yang luasnya 430 sq ft.

Terdapat restoran and cafe di dalam kawasan penginapan di antaranya Terrace Cafe terletak di Clubhouse, Bistro Cafe, Beachfront Cafe terletak di kawasan pantai, ice Cream Hub, D'Tiara Bakeri dan satu restoren Thai - Anna Thai.


Pengunjung Tiara Beach Resort juga  boleh menikmati suasana seperti berada di pantai dengan adanya Man-made Beach ,Sand Castling Area, Waterfall with slides dan  fountain. Selamat Bercuti.......

0 comments: