10 November 2009

haramkan penjualan air mineral

Mineral water atau air mineral atau air kosong yang dibotolkan adalah salah satu dari pelbagai air minuman yang terdapat di pasaran. Terdapat pelbagai jenama dalam pasaran dan ianya diperolehi dari pelbagai sumber samada melalui proses reverse osmosis, sumber mata air atau paip air dirumah.

Apa yang penting bagi pengguna ialah bagaimana air itu diproses dan sejauh mana tahap kebersihan air tersebut. Ada pengeluar air mineral mendakwa produk mereka berkhasiat kerana mengandungi kandungan bahan mineral yang tinggi. Bagaimana kita sebagai pengguna dapat menentukan kesahihannya.

Cadangan mengharamkan penjualan air mineral bukan kerana isu kebersihan atau kandungan mineral air tersebut. Sebab utama adalah kerana ia dibotolkan mengguna botol plastik.

Botol plastik yang digunakan boleh mengancam kesihatan kerana kandungan bahan kimia yang terdapat dalam botol plastik boleh meresap dan larut dalam air terutama jika terdedah kepada cahaya matahari.

Di samping itu botol plastik ini mendatang kesan yang buruk kepada alam sekitar kerana ia tidak sesuai untuk dikitar semula dan mencemarkan alam sekitar.

Banyak kajian telah dibuat dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang CAP telah mendedahkan kesan  bahaya penggunaan botol plastik kepada kesihatan. Sama2lah kita menyokong gesaan untuk mengharamkan penjualan air mineral dalam botol plastik.

P/S : Jangan minum air mineral yang ditinggalkan dalam kenderaan.

0 comments: