Showing posts with label tragedi di kuala dipang. Show all posts
Showing posts with label tragedi di kuala dipang. Show all posts

18 January 2010

perahu naga

Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita tragedi yang meragut nyawa pelajar semasa aktiviti ko kurikulum sekolah.

Tragedi perahu naga terbalik dan karam di pukul ombak besar di perairan Pantai Macalum telah meragut nyawa se orang guru dan lima pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 8.45 pagi pada 17 Januari 2010 tak kala pelajar sekolah tersebut sedang membuat latihan dan persiapan untuk menyertai pertandingan Perahu Naga Komanwel yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Julai di Teluk Bahang.

Tragedi ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku di Kuala Dipang di mana 3 orang pelajar telah mati lemas akibat jambatan gantung roboh.

Sebagaimana yang berlaku di Kuala Dipang, tragedi perahu naga karam ini juga menunjukkan bahawa aspek keselamatan tidak di ambil berat.

Semasa kejadian itu berlaku ada pelajar yang tidak memakai life jacket dan sekiranya didapati cuaca buruk, ombak besar, program latihan tersebut sepatutnya dibatalkan atau ditunda.

Hasil dari siasatan kementerian pelajaran,di dapati pihak sekolah tidak mematuhi sepenuhnya arahan atau piawaian yang ditetapkan semasa menjalankan aktiviti ko kurikulum.

Kita sebagai ibu bapa rasa gusar apabila ada di kalangan anak kita yang ingin menyertai aktiviti ko kurikulum terutama yang di adakan di luar kawasan sekolah.

Kita sebagai penjaga terpaksa menandatangani surat persetujuan untuk tidak akan mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku kemalangan ke atas anak kita sedangkan di pihak yang lain aspek aspek keselamatan di abaikan.









Foto : sumber dari bharian online dan thestar online.

29 October 2009

robohnya jambatan gantung di kuala dipang

Setiap kali anak kami menyertai rombongan, lawatan sambil belajar atau kem jati diri yang dikelola oleh pihak sekolah, satu surat perlu diisi dan ditandatangani ibubapa atau penjaga.

Surat tersebut menyatakan bahawa pihak ibubapa bersetuju membenarkan anak mengikuti program tersebut dan juga bersetuju untuk tidak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian.

Pihak ibubapa juga sepatutnya boleh mengeluarkan surat persetujuan kepada pihak yang mengganjurkan program tersebut untuk memastikan langkah2 keselamatan dari segenap aspek telah diteliti sebelum sesuatu program dilaksanakan.

Tragedi jambatan gantung yang roboh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang merentangi Sungai Kampar, Perak boleh dijadikan iktibar. Tragedi tersebut telah meragut tiga nyawa.

Pihak berkuasa termasuk polis, JKR, Jabatan Pelajaran malah SPRM sedang melakukan siasatan bagaimana jambatan gantung yang baru dibina roboh. Apa yang perlu juga kita siasat sebenarnya ialah apakah langkah2 keselamatan yang telah disediakan oleh pihak penganjur sebelum program itu dilaksanakan.

Mengikut laporan dari wartawan beberapa agensi berita, tempat berlakunya kemalangan itu gelap dan tiada lampu jalan. Kenapa murid2 dibenarkan merentasi jambatan gantung itu melebihi 30 orang serentak sedangkan secara logiknya jambatan gantung strukturnya tidak kuat. Dan ada murid yang melompat atau menggoyang jambatan tersebut untuk tujuan menakutkan rakan2 mereka.

Dan lebih mendukacitakan hanya ada 2 pengawal yang turut membantu menyelamatkan mangsa dalam kemalangan tersebut berbanding dengan sejumlah 294 murid yang menyertai kem 1malaysia tersebut. Di manakah para guru pada masa itu atau mungkin juga jumlah guru wanita yang terlibat dalam program itu melebihi guru lelaki.

Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100 peratus keatas kontraktor yang menyebabkan berlakunya tragedi tersebut. Sekiranya langkah2 awal keselamatan dititikberatkan sudah kecelakaan seperti ini tidak akan berlaku. Kembali...