Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

04 January 2012

hari pertama persekolahan






Program Semai Kasih







Hari pertama persekolahan tahun ini memberikan pengalaman baru kerana mendaftarkan anak bersekolah di salah sebuah sekolah berprestasi tinggi di Selangor. Sehari sebelum itu ibubapa diwajibkan hadir ke sekolah untuk Program Semai Kasih. 

Dalam program tersebut ibubapa diberi taklimat berkenaan sekolah SBT, pencapaian akedemik, pencapaian ko kurikulum dan program2 yang akan di jalankan sepanjang tahun. Malah dalam 3 minggu pertama persekolahan murid tidak dibenarkan membawa buku teks dan buku tulis kerana sepanjang tempoh tersebut ujian saringan akan dijalankan.

Ujian dilakukan untuk mengetahui tahap akedemik murid samada  boleh membaca, menulis dan mengira. Murid yang pintar iaitu yang sudah boleh membaca, menulis dan bijak matemetik akan di asingkan dengan murid yang lemah .

Murid yang lemah akan ditempatkan di kelas khas untuk mengikuti program LINUS (program literasi dan numerasi) iaitu program untuk memastikan murid tersebut dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Murid yang pintar pula akan disaring sekali lagi dan akan memduduki ujian untuk Program Permata Pintar.



Pendaftaran murid tahun 1.










Ibubapa pun kena ikut masuk kelas...











Warna pink tetap jadi pilihan...














Bersedia untuk menduduki peperiksaan minggu pertama persekolahan tahun satu...

12 January 2010

seni memujuk

Sudah lebih seminggu anak kita memasuki alam persekolahan. Ada di antara kita yang anaknya belajar di tahun satu sekolah kebangsaan dan ada yang memasuki pra-sekolah atau tadika.


Yang pasti kita sebagai ibu bapa merasa gembira kerana anak kita sudah memasuki alam baru dalam kehidupan mereka iaitu alam persekolahan. Alam dimana mereka mula melalui  proses pembelajaran, mula mengenal huruf, membaca atau menghafal nombor dan yang penting sekali mereka mula berkenalan, bermain dan berinteraksi dengan rakan sebaya.


Adakah anak kita ceria atau gembira untuk ke sekolah? Tentu ada di antara kita yang menghadapi masalah di mana anak kita keberatan atau lebih tepat menangis tak mahu pergi ke sekolah.


Keadaan seumpama ini berlaku mungkin disebabkan anak kita bimbang atau berasa tidak selamat apabila melihat ibu bapa tidak berada berhampiran. Mereka mula rasa tidak tenteram atau takut kerana ramai orang yang tidak dikenali berada di sekitar mereka.


Sebenarnya kami pun menghadapi masalah yang sama. Hari pertama dan kedua anak kami Aiman ceria semasa berada di sekolah. Di awal pagi hari ke tiga sudah nampak riaksi beliau yang agak keberatan untuk pergi ke sekolah.


Mungkin dia belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah berbanding dengan suasana semasa di tadika dahulu. Dengan bilangan rakan sekelas yang ramai dan belum dikenali, terpaksa ke kantin membeli makanan bersendirian tanpa ditemani ibu bapa atau tidak biasa dengan guru  mungkin membuatkan dia tidak tenteram.


Dan yang penting kita sebagai ibu bapa perlu tahu apa yang menyebabkan anak kita keberatan untuk pergi ke sekolah dan seharusnya setiap ibu bapa perlu memiliki seni memujuk iaitu tahu cara dan teknik memujuk anak mereka.