31 December 2009

selamat tahun baru 2010

new year holiday
Selamat Tahun Baru 2010

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua pengunjung laman blog kami, semoga kita semua dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki , diberi kekuatan dan ketabahan untuk untuk menghadapi dugaan dan cabaran semasa mengharungi kehidupan di tahun baru 2010 yang akan menjelma tak lama lagi..

30 December 2009

jual nasi lemak jadi jutawan

Saya terbaca artikel dalam blog pakar pelaburan dan kewangan dari Singapura, Helmi Hakim yang mendedahkan hasil kajian terhadap orang-orang yang telah berjaya bidang yang mereka ceburi..

Hasil kajian membuktikan bahawa seseorang itu boleh berjaya tak kira dalam apa bidang sekali pun sekiranya dia master atau pakar dalam bidang yang diceburi. Kita dapat lihat bagaimana Bill Gates yang master atau pakar dalam bidang software, Tiger Wood dalam sukan golf dan banyak lagi contoh yang kita lihat.

Untuk membolehkan seseorang itu master dalam sesuatu bidang,  perkara utama yang perlu dilakukan adalah practice atau training atau latihan. Menurut Helmi Hakim seseorang itu perlu practice sebanyak 10,000 jam  untuk menjadi sebagai master atau pakar dalam sesuatu bidang.

Sekiranya kita melakukan praktis selama 10 jam sehari,  setiap hari, bermakna kita hanya memerlukan masa 2 tahun 10 bulan sahaja untuk layak digelar master. Kalau sudah master atau pakar dalam sesuatu bidang maka hasil, ganjaran atau pulangan nya amat lumayan.

Bila sudah jadi master atau pakar, segala bentuk ganjaran dengan mudah boleh diperolehi. Ada yang menggunakan kepakaran yang  dimiliki dengan mengusahakan perniagaan, menjadi konsultan atau hanya menjadi jurucakap saja dan mendapat bayaran yang tinggi.

Sebenarnya saya tertarik dengan angka 10,000 jam yang diperlukan untuk praktis bagi menjadi master. Saya ingin relate kan kaitkan angka 10,000 tadi dalam perniagaan. Bolehkah kita tetapkan begini...untuk jadi JUTAWAN kita hanya perlukan 10,000 transaction atau urusniaga pada kadar keuntungan bersih RM100 untuk setiap urusniaga.   Bolehkah seseorang itu jadi jutawan kalau kadar keuntungan barang yang dijual RM1 untuk satu transaksi.

Contoh yang senang kita lihat ialah perniagaan biasa bukan online , jual nasi lemak. Andaikan nasi lemak dijual sebanyak 100 bungkus sehari dengan untung bersih RM 1 sebungkus. Sebulan dapat jual 2,600 bungkus setelah ditolak hari minggu bermakna dalam setahun ia mendapat keuntungan sebanyak RM31,200.

Untuk jadi jutawan ia memerlukan masa selama 32 tahun dengan syarat wang tersebut tersebut disimpan dan tidak digunakan. Sekiranya wang tersebut dilaburkan dimana2 agensi pelaburan jangkamasa ia mencapai jutawan menjadi lebih singkat.

Berdasarkan perkiraan tersebut, penjual nasi lemak pun boleh menjadi jutawan dengan syarat jualannya mencapai 100 bungkus sehari dan beliau mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain untuk menyara keperluan harian.

Bagaimana pula kalau perniagaan itu dijalan secara online yang mempunyai ruang pasaran yang cukup besar. Adalah senang untuk mencapai angka 10,000 sekiranya produk yang ditawarkan itu mempunyai permintaan yang tinggi.

Oleh kerana itulah jutawan internet Irfan Khairi hanya mengambil masa 3 tahun sahaja untuk menjadi jutawan. Keuntungan sebanyak USD 25 untuk 1 peta map yang terjual diinternet dan hasil dari design cover buku telah  menjadi beliau seorang jutawan.

Selain dari Irfan Khairi terdapat ramai lagi usahawan yang telah menjadi jutawan hasil dari perniagaan melalui internet.

29 December 2009

manusia paling kaya di dunia

Senarai manusia bukan syarikat terkaya di dunia. Sumber : The World's Billionaires 2009 - Forbes.


Masih menduduki tangga pertama manusia terkaya di dunia ialah William Gates III atau Bill Gates. Walau pun gagal semasa menuntut di Harvard University ,melalui syarikat Microsoft yang menghasilkan software beliau membina empayar software nya sehingga menjadikan  beliau sebagai manusia paling kaya di dunia.

Di tangga kedua paling kaya adalah Warren Buffett yang mengumpul harta melalui pelaburan diikuti  Carlos Slim Helu dari Mexico yang terlibat dalam bidang telekomunikasi.

Berada di kedudukan 16 ialah Li Ka -shing dari Hong Kong. Beliau gagal di peringkat Sekolah Tinggi High School tetapi tidak gagal dalam perniagaannya sehingga berjaya mengumpul kekayaan sebanyak US 16.2 billion.

28 December 2009

selamat pengantin baru

Selamat Pengantin Baru kepada Mas Jefri dan Afifah semoga kekal ke anak cucu. Majlis persandingan di adakan di Sri Petaling, Selangor.











25 December 2009

jutawan internet

Sambung cerita pasal perniagaan online yang kami post minggu lepas. Selain dari menjual produk secara online ada macam2 cara orang buat duit melalui internet. Ada kawan kita yang jual iklan, mengadakan kelas atau tutorial secara online, masuk program affiliate dan main klick2 pun boleh buat duit.

Ramai yang hidup senang hasil dari internet dan ada yang hidup tak senang kerana internet. Hidup senang kerana wang sentiasa mengalir masuk hasil dari perniagaan online atau kerana program2 menjana wang yang mereka sertai. Dan yang hidup tak senang kerana ditipu oleh penjenayah siber atau wang banyak dilaburkan untuk buka business online tapi hasilnya tiada.

Hidup pun boleh jadi tak senang kalau terlibat dalam business internet. Kita kena tumpu 100 peratus kepada business bermakna kita kena lebih masa beronline. Kena update web, buat promosi, cari contact baru dan macam2 lagi. Kitaran hidup juga boleh berubah, siang tidur malam mengadap komputer dan ada yang tidur hanya 3 jam sehari. Walau pun hidup boleh jadi tak senang kerana banyak habiskan masa beronline tapi ada orang hidup senang kerananya. Ada yang dah jadi jutawan melalui internet.

Sebut pasal jutawan internet kami nak kongsi cerita pasal jutawan internet muda .handsome, celebriti Irfan Khairi. Kami pernah mengikuti seminar percuma yang beliau anjurkan. Seminar percuma ini selalunya diadakan di City Hotel, MidValley dan juga di JB. Beliau menjadi jutawan internet ketika berusia 25 tahun. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan beliau klik di sini.


23 December 2009

Sufiah's story

Setelah selesai menyemak kemasukan ke tingkatan 1  SBP melalui laman web moe.gov.my , kami tergoogle laman web milik Puan Halimaton Yusof, ibu kepada pelajar pintar Sufiah yang mendapat liputan media terutama di Britain dan Malaysia suatu ketika dulu.

Apa yang ingin kami paparkan adalah bukan berkenaan masalah peribadi yang melanda Sufiah tetapi berkenaan ibunya tabah menghadapi dugaan. Beliau telah berjaya mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pelajar yang genius. Beliau telah menerbitkan buku menceritakan bagaimana cara mendidik anak menjadi pintar

Untuk melayari laman web beliau anda boleh klick disini.

Beliau juga mengusahakan program pendidikan pra-sekolah terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar KL/PJ.


22 December 2009

perniagaan secara online

Menjalankan perniagaan secara online atau online business telah menjadi trend kini. Kalau dulu syarikat yang menjalankan perniagaan membina laman web untuk tujuan promosi tapi kini laman telah bertukar menjadi tempat untuk berniaga atau menjual produk.


Kalau kita search kat mana2 search engine perkataan perniagaan online, business online atau taip aje perkataan perniagaan akan terpaparlah jutaan laman web yang berkaitan perniagaan secara online.

Bermacam2 produk dijual secara online. Sebagaimana biasa yang terpapar kat screen ada yang jual baju, tudung, produk kesihatan, ubat kuat boleh angkat kayu balak dengan hujung jari ,produk minuman, produk perkhidmatan dan banyak lagi lah..tak kuasa nak taip.

Mengikut sumber dari internet terdapat 1.2 billion pengguna internet di dunia dan lebih kurang 14 juta adalah pengguna internet dari Malaysia. Perangkaan juga menunjukkan lebih 20 juta pengguna internet menggunakan bahasa Malaysia melayu dalam laman web atau blog mereka yang merangkumi pengguna internet Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei , Selatan Thailand dan beberapa negara lain.

Kalau diluar negara terdapat beberapa lama web perniagaan online yang paling top di antaranya ebay, amazon, wal mart, alibaba.com dan banyak lagi..

Dalam laman web tersebut pelbagai barangan dijual dengan harga serendah 1 US dollar sehingga barangan termahal yang pernah di jual di laman ebay iatu sebuah jet pejuang tentera US yang telah di dismantled dengan  harga  US  1 juta. Malah botol kosong yang didakwa ada hantu di dalamnya pernah terjual di ebay.

Sedikit fakta mengenai ebay ;
  • Pakaian wanita terjual setiap 18 saat dan hand phone setiap 6 saat di ebay.
  • Di anggarkan 84 juta pengguna ebay yang aktif diseluruh dunia.
  • ebay UK ketika ini mempunyai 15 juta pengguna.
  • 45% pengguna internet di UK melawat laman itu sekurang2nya sekali dalam masa sebulan.
  • ebay telah localized laman web dalam 30 negara termasuk Malaysia.
  • Turnover bagi tahun 2008 adalah UK $8.46 billion dan net income sebanyak UK $348 million.
  • ebay sekarang mempunyai 15,500 pekerja.
  • Kita boleh beli apa saja di web ebay yang mengandungi 13,000 product categories.

19 December 2009

F1 Tony vs Richard

Formula 1 atau F1 bukan sekadar perlumbaan untuk menentukan pemandu mana yang menang atau mendahului pelumba2 lain. Ia adalah pelumbaan untuk menentukan kereta mana yang pantas, team mana yang bagus dan juga perlumbaan antara sponsor atau penaja.

Dan yang terbaru dalam F1, perlumbaan antara 2 CEO iaitu Datuk Seri Tony Fernandes ( CEO AirAsia ) dan Sir Richard Branson ( CEO Virgin Group juga memiliki syarikat penerbangan Virgin Atlantic Airway )



Mungkin kalau diadakan perlumbaan kapalterbang lagi bagus. Kita dapat tengok kapalterbang mana paling laju. Kalau 2 CEO tu pandu sendiri lagi best kan?...

18 December 2009

selamat menyambut tahun baru

Di awal pagi terima sms dari dua orang rakan.
Pertama sms pada jam 2.52am diterima dari rakan yang bemastautin di Lemal;
"Semakin jauh kita tinggalkan dunia semakin dekat kita ke alam barzakh. Semoga   kita mendapat kerahmatan dan keredaanNya di dunia dan di akhirat. Selamat Tahun Baru Hijrah."
Sms kedua diterima dari teman yang tinggal di Paroi, Seremban pada jam 7.23 am ;
"Selamat tahun baru. Semoga diberkati amalan, disihatkan tubuh badan, dipanjangkan umur dan dikuatkan iman."
Hanya 2 teman yang menghantar sms sempena Awal Muharram dari lebih 50 contacts yang ada dalam handphone. Kami akui bahawa kami juga tak terpikir untuk sekurang2nya menghantar sms kepada keluarga atau teman sempena tahun baru bagi kalendar Islam. 


Kita sanggup bersengkan mata untuk menunggu detik 12 malam untuk menyambut tahun baru masihi. Dan pelbagai program dan acara diadakan. Tapi bila tiba tahun baru Hijrah, sunyi sepi. Kalau tak dijadikan public holiday mungkin kita tak tahu ianya hari pertama tahun baru dalam kalendar Islam.  Sama2lah kita manggunakan takwim hijrah dalam tugasan kita seharian.


Nama bulan dan makna dalam takwim Islam.

1.     Muharram-al-haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
      Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
2.     Safar (ﺻﻔﺮ)                                                                                                                           Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
3.     Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
      Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
4.     Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
      Bulan kedua musim bunga.
5.     Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
      Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
6.     Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
      Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
7.     Rejab (ﺭﺟﺐ)
      Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagaiRajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
8.     Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
      Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
9.     Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
      Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
10.  Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
      Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
11.  Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
      Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
12.  Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
      Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

17 December 2009

Tiger WOOD



Perbualan ini terrr..rakam semasa berada dipejabat syarikat menjual peralatan dapur pakai buang.


"apsal kau tersengih sorang2 ni .."  tanya Kak Kiah kepada Cik Meah penyambut tetamu yang berada di kaunter depan.
" 4 lagi... ya mesti ada 4 lagi ..." jawab Cik Meah.
" apa yang 4 lagi tuu...."
" mesti ada 4 lubang lagi.... selalunya bila orang main golf mesti main 18 lubang sebab kebanyakan padang  golf ada 18 lubang..." jelas Cik Meah.
"habis apa kena mengena dengan 4 lubang lagi.."
"Saya tengah tengok web yahoo ni...ada cerita pasal Tiger Wood...bini dia Elin nak mintak cerai.. sekarang dah 14 mengaku buat hubungan sulit dengan husband dia... kalau ada 4 lagi mengaku maknanya baru le complete dia main golf .."
" Ooo...gitu. akak rasa dia buat hubungan tu sebab dia nak tunjuk hebat...ye le main golf guna his own stick..."  sambung Kak Kiah sambil berlalu...

P/S : Selalunya orang yang hebat dalam sesuatu bidang sebenar dia ada kehebatan lain yang tersembunyi... betul ke ?.